Salam.
Baru-baru ini homestay Tambun Tulang Arau Perlis menerima tempahan penginapan pelajar dari Kolej Komuniti Batu Pahat, Johor. Rupanya Kolej Komuniti Batu Pahat Johor hanya mempunyai pelajar lelaki sahaja. Pelajar tersebut menginap di homestay Tambun Tulang kerana mempunyai program di UniMAPs Pauh iaitu Pertandingan Robotik peringkat antarabangsa. Perjalanan dari UniMaps ke penginapan lebih kurang 10-15 minit.
Pihak homestay ingin mengucapkan tahniah kerana Kolej Komuniti tersebut telah berjaya ke peringkat akhir. Bukan senang untuk mencipta robotik pelbagai fungsi ini. Pecah kepala juga dibuatnya. Robotik dicipta untuk memudahkan kerja kita di dalam aspek kawalan keselamatan dan ketenteraan.
Sekali lagi, pihak homestay ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana memilih homestay kami sebagai penginapan pilihan anda. Kami akan memberi sokongan kepada anda dengan menyediakan penginapan yang selesa..
Robotik dicipta untuk memanjat tali. Rupanya seperti untuk kegunaan keselamatan. Tp bagi saya digunakan untuk memetik buah kelapa pun ok. Kera-kera pun bleh berehat dari memanjat pokok kelapa |
Robotik ini dicipta untuk kelajuan. Sepertinya ditugaskan untuk membawa sesuatu dengan pengepit di hujungnya |
Tak kisahlah adik-adik rumah homestay bersepah, janji korang berjaya. Itu yang pihak homestay boleh berikan semangat untuk korang
Hubungilah sekarang untuk tempahan homestay!:
Pn. Zairina - 0174696110
Check In 2.00 petang, Check Out 12.00 tgh hari |
0 comments:
Post a Comment