Homestay Tambun Tulang Arau Perlis

Kepakaran kami adalah menyediakan penginapan terbaik melalui penginapan homestay kepada anda yang inginkan penginapan yang selesa & menyenangkan.Pakej kami tawarkan bermula dari rumah teres 2 bilik (RM120) rumah teres 3 bilik (RM150) rumah teres 5 bilik (RM250) untuk keselesaan anda. Tempahlahlah sekarang! whatsapp / call : 0174696110 Che Eina

Tuesday, April 1, 2014

Sumbangan kebajikan homestay..

Salam semua,

Alhamdullilah, dengan rezeki dari Allah dengan izinNya, Sebahagian hasil sewaan yang diberikan oleh pelawat yang menginap di homestay telah dibelanjakan untuk membantu meringankan orang-orang susah. Ya, anda yang telah menginap dan mengeluarkan wang sewaan, sebahagian wang tersebut kami agihkan untuk kebajikan. Saham pahala untuk kami dan anda!

Alhamdulillah,  pihak homestay telah menjalankan kebajikan kepada orang-orang tua, ibu tunggal, orang hilang keupayaan orang sakit dengan menghulurkan sedikit sumbangan berupa hamper makanan. Diharap dengan sumbangan ini dapat meringankan beban mereka. Syukur!

Untuk pengetahuan semua, kejayaan saya pada hari ini adalah hasil sumbangan dari kerajaan menerusi biasiswa sekolah, pengorbanan keluarga saya, ibu angkat, biasiswa dari syarikat dan lain-lain lagi. Inilah masanya saya pula memberi sumbangan kepada orang lain. Alhamdulillah..

Sumbangan makanan pihak homestay

Bukan sahaja agensi luar dan terkenal spt Mcdonald, KFC boleh memberikan sumbangan tetapi kita juga boleh memberikan sumbangan mengikut kemampuan kita. Itulah sebabnya Nabi menyuruh umatnya bekerja dan berniaga kerana hasil wang tersebut boleh membantu orang lain yang memerlukan.

Saya amat sedih apabila ada orang lain yang memperleceh kami bekerja sampingan dengan kata-kata:
"alah, buat apa kerja teruk-teruk, kerja cukup makan gaji sudahlah'. 
Ada juga yang berbunyi:
"saya kerja ni pun dah cukup, tak payah susah-susah buat kerja lain. Redha dan cukup makan sudahlah"..

Bagi saya, matlamat untuk bekerja tambahan adalah untuk membantu diri, keluarga dan orang lain. Ini adalah kerana dengan hasil wang tersebutlah saya boleh  membantu orang seislam saya.



Homestay rumah 2 bilik

Homestay rumah 3 bilik
Hubungilah sekarang untuk tempahan homestay!:
Pn. Zairina   - 0174696110

Check In 2.00 petang, Check Out 12.00 tgh hari



Read More

© Homestay Tambun Tulang Arau Perlis, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena