Salam semua,
Alhamdullilah, dengan rezeki dari Allah dengan izinNya, Sebahagian hasil sewaan yang diberikan oleh pelawat yang menginap di homestay telah dibelanjakan untuk membantu meringankan orang-orang susah. Ya, anda yang telah menginap dan mengeluarkan wang sewaan, sebahagian wang tersebut kami agihkan untuk kebajikan. Saham pahala untuk kami dan anda!
Alhamdulillah, pihak homestay telah menjalankan kebajikan kepada orang-orang tua, ibu tunggal, orang hilang keupayaan orang sakit dengan menghulurkan sedikit sumbangan berupa hamper makanan. Diharap dengan sumbangan ini dapat meringankan beban mereka. Syukur!
Sumbangan makanan pihak homestay |
Bukan sahaja agensi luar dan terkenal spt Mcdonald, KFC boleh memberikan sumbangan tetapi kita juga boleh memberikan sumbangan mengikut kemampuan kita. Itulah sebabnya Nabi menyuruh umatnya bekerja dan berniaga kerana hasil wang tersebut boleh membantu orang lain yang memerlukan.
Saya amat sedih apabila ada orang lain yang memperleceh kami bekerja sampingan dengan kata-kata:
"alah, buat apa kerja teruk-teruk, kerja cukup makan gaji sudahlah'.
Ada juga yang berbunyi:
"saya kerja ni pun dah cukup, tak payah susah-susah buat kerja lain. Redha dan cukup makan sudahlah"..
Bagi saya, matlamat untuk bekerja tambahan adalah untuk membantu diri, keluarga dan orang lain. Ini adalah kerana dengan hasil wang tersebutlah saya boleh membantu orang seislam saya.
Maklumat lanjut mengenai homestay, sila klik:
Homestay rumah 2 bilik |
Homestay rumah 3 bilik |
Hubungilah sekarang untuk tempahan homestay!:
Pn. Zairina - 0174696110
Check In 2.00 petang, Check Out 12.00 tgh hari
0 comments:
Post a Comment