|
Tasik
Melati terletak di utara Kota Kangar, Perlis. Ia adalah sebuah tasik yang
kecil tapi indah. Ia mendapat namanya melalui bunga teratai yang
terapung-apung di atas air. Tasik buatan manusia ini menjadi kesukaan orang
ramai untuk berkelah, dan juga agak sesuai untuk menenangkan fikiran.
GUA KELAM
Gua
Kelam adalah merupakan salah satu gua yang paling menarik di Malaysia iaitu
gua yang berukuran 370-meter panjang yang berhampiran dengan pekan kecil
Kaki Bukit. Gua Kelam terletak di Kaki Bukit yang jauh lebih kurang 36 km
dari Bandar Kangar. Gua Kelam dahulunya terkenal dengan lombong bijih yang
menghasilkan bijih yang bermutu tinggi.Gua ini juga menjadi jalan
penghubung antara penduduk Wang Kelian dan Kaki Bukit. Terbaru, Gua Kelam
bakal menjadi tarikan baru di Perlis. Meliputi 370m gua batu kapur dan
terletak di sebuah bandar kecil di Kaki Bukit. Gua Kelam di namakan sempena
dengan keadaannya di mana kedudukannya di kaki bukit dan suasana kelam yang
sentiasa menyelubungi gua ini. Untuk merentasi ke dalam gua ini, disediakan
sebuah jambatan gantung untuk pelawat. Taman Rekreasi Gua Kelam adalah
terkenal dengan jalan gua (“cave walk”)
|
Sungai
bawah tanah yang panjangnya lebih kurang 400 meter mengalir melalui
banjaran batu kapur dapat dilihat semasa melalui gua ini. Sungai bawah
tanah ini adalah fenomena kejadian semulajadi. Bekalan elektrik disediakan
untuk pelawat menikmati keindahan dalam gua. Pada tahun 1935, seorang warga
Inggeris menyedari bahawa laluan sungai di sini adalah cara yang baik untuk
mengangkut bijih timah dari sebuah lombong berhampiran sungai ini menerusi
gua bawah tanah ke Kaki Bukit. Kini pelawat tempatan dan asing boleh
berjalan menerusi gua ini menggunakan sebuah laluan kayu yang diterangi
cahaya lampu.
|
TAMAN NEGERI
Taman
Negeri terletak di Sempadan Barat Negeri Perlis di mana Semenanjung
Malaysia bercantum dengan Thailand. Ia berkedudukan di atas Banjaran Bukit
Batu Kapur yang terpanjang di Malaysia (Banjaran Nakawan). Ia mempunyai
lereng bukit yang diselubungi hutan tebal, dinding batu yang curam, anak
sungai dan gua yang terpanjang. Taman Negeri terdiri dari hutan simpan Mata
Ayer dan Hutan Simpan Wang Mu.
|
|
Tarikan
Unggul Taman Negeri
- Keindahan flora dan fauna
- Trek Kambing Gurun
- Air Terjun Lata Kasih
- Penghijrahan pelbagai
spesies burung
- Pemandangan Panaroma tasik
TAMAN HERBA
Ditubuhkan
pada tahun 1998 dengan keluasan 12 hektar, Taman Herba berfungsi untuk
menempatkan koleksi tumbuh-tumbuhan ubatan yang digunakan oleh penduduk
setempat khasnya dan tumbuhan ubatan lain amnya. Ianya juga boleh dijadikan
sebuah “muzium” tumbuhan ubatan di mana taman ini dibuka kepada pelawat
seluruh negara yang ingin mengenali dan mengetahui jenis dan kegunaan
tumbuh-tumbuhan ini. Koleksi tumbuhan yang terdapat di sini terdiri dari
tumbuhan liar yang sedia ada di taman ini (in-situ), tumbuh-tumbuhan ubatan
yang didatangkan dari tempat lain (ex-situ) dan tumbuh-tumbuhan ubatan yang
berasal dari negara lain yang telah lama diperkenalkan di negeri
ini.Sehingga tahun 2000. koleksi Taman Herba telah menjangkau sehingga 600
spesies. Di antara tumbuhan ubatan terkenal yang terdapat di sini ialah
Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Cekor, Halia, Serai, Mengkudu, Selasih, Kayu
Manis dan lain-lain lagi. Sesetengah tumbuhan di sini merupakan tanaman
yang lazimnya ditemui di sekeliling rumah anda seperti Bunga Raya, Bunga
Tahi Ayam, Senduduk, Pokok Kapal Terbang, Sireh, Kesom, Pinang dan Pisang.
Ianya dipamerkan di sini untuk memberi kefahaman kepada pelawat terhadap
nilai sebenar tumbuh-tumbuhan ubatan kepada manusia.

TAMAN BUNGA
KERTAS
Taman bunga
kertas Tuanku Lailatul Shahreen merupakan salah satu destinasi terbaru
pelancongan yang ditonjolkan dan menjadi satu daya tarikan pelancong yang
datang ke Negeri Perlis. Taman yang dibina di Laman Cenderawasih, pinggir
Bukit Lagi bersebelahan Taman Budaya Negeri itu adalah diambil sempena nama
Raja Puan Muda, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah.
Muzium
Kota Kayang merupakan sebuah muzium yang terletak di Perlis. Muzium Kota
Kayang terletak bersekitaran Bukit Kayang, Bukit Lambong Panah, Bukit
Jagat Hutang, Bukit Wai dan Bukit Menara dalam mukim Kayang iaitu
berhampiran terusan buatan manusia yang tertua di Semenanjung. Di sini ia
banyak menceritakan sejarah Kota Kayang.Ia terletak di tapak pengebumian
Sultan Kedah pada kurun ke–16. Segalanya berkisar penemuan arkeologi di
sekitar Negeri Perlis. Selain itu, koleksi simpanan raja – raja juga
terdapat di sini.
|
Di
sini juga pengunjung dapat melihat binaan Makam DiRaja dimana ia
menggunakan kayu raja sebagai tanda dan diberi mana Makam Al-Marhum
Kayang. Terdapat tiga galeri iaitu galeri am yang mempamerkan kronologi
pembinaan Kota Kayang, peralatan harian golongan bangsawan di Perlis,
galeri arkeologi yang mempamerkan hasil penyelidikan Kota Kayang dan
sekitar negeri Perlis serta galeri Perlis yang mempamerkan salasilah
diraja negeri Perlis bermula dari Nabi Muhammad s.a.w dan replika bunga
emas, kesan pendudukan penjajah dan pelbagai koleksi yang menarik
|
BANDAR DI RAJA ARAU
Bandar
diraja yang menjadi bandar kedua terpenting selepas ibu negeri sering
dirujuk sebagai tempat bersemayam Sultan dan Raja negeri di Malaysia.
Mungkin ramai dari kita kurang perasan, sebenarnya bandar diraja adalah
ibu negeri yang pertama kepada negeri berkenaan kerana kedudukan
strategik di muara sungai. Lazimnya, di sini tarikan pelancongan utama
yang seharusnya dikunjungi khususnya ketika musim cuti sekolah kerana
menempatkan sejarah dan warisan bangsa yang perlu diteroka oleh generasi
muda.
|
Bandar
Arau terletak kira-kira 10 kilometer dari Kangar ialah bandar diraja bagi
negeri Perlis. Di sini ada istana, makam diraja, masjid negeri dan
bangunan awam seperti pejabat pos, bomba dan stesen keretapi. Bandar Arau
ini juga dikenali sebagai bandar ilmu kerana di sini ada beberapa pusat
pengajian tinggi seperti Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kolej
Matrikulasi, Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Agama Alwiah Ad Diniah
iaitu sebuah sekolah agama yang mula-mula dibina di Perlis. Tarikan utama
ke Arau ialah Galeri Diraja Arau menjadi antara tarikan terbaru di Bandar
Diraja Arau kerana menempatkan pelbagai barangan koleksi kesayangan Raja
Perlis.
EMPANGAN TIMAH TASOH
Adakah
anda seorang pencinta alam? Jika benar, Empangan Timah Tasoh sudah pasti
tersenarai dalam daftar minda anda sebagai tempat yang
mendamaikan.empangan_timah Empangan bernilai RM77 juta itu yang mula
dibina pada 1987 membentuk tasik buatan manusia seluas 13.3 kilometer
persegi di kawasan Beseri apabila ia mula beroperasi pada 1992. Ia
bertujuan sebagai pusat tadahan air hujan bagi kegunaan penduduk Negeri
Perlis. Di empangan ini ia dapat menadah air sebanyak 33.3 juta meter
padu
LADANG ANGGUR
PERLIS
Perlis yang sebelum ini terkenal unik sebagai satu-satunya negeri
yang mampu menghasilkan produk mempelam harumanis, kini telah menerima
satu lagi mercu tanda baru dalam bidang pertanian melalui projek
penanaman anggurnya.
Projek tanamam anggur diusahakan oleh Jabatan Pertanian Perlis (JPP)
di kawasan Bukit Bintang berhampiran dengan Tasik Timah Tasoh. Melalui
projek ini, anggur pertama di ladang terbabit diusahakan di atas tapak
seluas 0.8 hektar dengan jumlah 800 pokok daripada jenis IAC, selain lima
hektar tanah lagi membabitkan empat jenis anggur iaitu White Malaga,
Black Queen, Black Opal dan Loose Perlitte. Anggur negara ini terutama di
Perlis mempunyai rasa yang begitu manis dan mampu menyaingi anggur
dihasilkan negara pengeluar lain seperti Perancis, Amerika Syarikat dan
Itali. Antara jenis anggur yang popular termasuk New White Malaga, IAC,
Black Opal, Green Loos Perlette, Black Queen dan Kyoho.
Melalui perancangan, semua hasil anggur Perlis ini akan dijual dalam
bentuk segar, selain diproses menjadi jus, jeruk dan jem. Selain buah,
pokok anggur juga mempunyai nilai tambah kerana daunnya boleh diproses
menjadi herba teh anggur, kulit buahnya pula dijadikan jus, manakala
isinya pula dijadikan tepung dan bijinya untuk diproses menjadi minyak.
TAMAN ULAR
REPTILIA
Taman
Ular ini diwujudkan hasil daripada penyelidikan mengenai habitat spesies
ular yang terdapat di Malaysia. Ia merupakan Taman Pembiakan dan
Penyelidikan Ular terbesar di Malaysia. Di Taman Ular ini, terdapat lebih
daripada 20 spesis ular dan juga spesies-spesies lain seperti buaya,
biawak, kuda, kura-kura, memerang, dan lain-lain.
MENIKMATI PANORAMA & MAKANAN LAUT DI PANTAI
KUALA PERLIS
Makanan
laut sangat terkenal di persisiran pantai kuala Perlis. Makanan laut yang
dihidangkan di sini semuanya berkeadaan segar. Pelbagai pilihan makanan
disediakan untuk memenuhi selera pengunjung. Kebiasaannya makanan laut
ini dinikmati pada waktu malam sambil ditiup bayu angin laut.Tidak
ketinggalan laksa Kuala Perlis yang sedap dan menyelerakan.
|
TEMPAT MEMBELI BELAH TERKENAL
·
PUSAT MEMBELI BELAH PADANG BESAR
Padang
Besar adalah antara lokasi terkenal yang menawarkan pasar terbuka di
negara ini. Di sini, terdapat banyak gerai yang menjual pelbagai barangan
dengan harga yang murah. Ini kerana kebanyakan barangan yang dijual
disini diimport dari negara Thailand. Antaranya ialah pakaian, barangan
perhiasan, kelengkapan rumah, permainan, barangan kulit dan juga makanan.
Begitupun, tarikan pengunjung kesiniImage tentulah kepada kedai–kedai
yang menjual barangan tiruan yang berjenama terkenal. Waktu urusan bagi
urusan keluar masuk sempadan adalah dari jam 8.00 pagi hingga 10.30 malam
bagi pintu Padang Besar.
|
Projek
mengindahkan Padang Besar sedang rancak dijalankan dan disekitar kompleks
membeli-belahnya sudah nampak perubahan yang dilakukan. Dua gambar di
atas adalah antara contoh projek mencantikkan Pandang Besar.Kompleks
Arked Niaga di Padang Besar ini merupakan tumpuan utama bagi pengunjung
untuk membeli-belah. Tapi sekarang dah banyak kedai dan gerai yang dibina
di sekitar kompleks ini untuk membeli-belah.
·
PASAR AHAD WANG KELIAN
Selain Padang
Besar, Wang Kelian adalah merupakan salah satu tarikan membeli-belah di
sempadan negeri ini. Pekan kecil yang terletak sempadan dengan Wang
Prachan, Thailand yang sememangnya terkenal dengan gerai-gerai jualan
yang dibuka setiap hari. Aktiviti jualan lebih rancak diadakan pada pagi
Ahad setiap minggu.
Salah satu tarikan di Pekan Wang Kelian ialah Nat Wang Kelian. Ia
diadakan pada hari Sabtu dan Ahad. Lazimnya, kemeriahan dan kemunculan
lebih banyak gerai dapat dilihat pada pagi hari Sabtu dan berlanjutan
hingga ke hari Ahad. Namun pasar ini juga telah dibuka setiap hari.
Keistimewaan pasar pada hari Ahad pula ialah pelancong tempatan
berpeluang menyeberang tembok batu sempadan Malaysia-Thailand tanpa perlu
menggunakan dokumen perjalanan.
|
|
|