Salam semua,
SUKMA 2014 di Perlis berlangsung pada 24 Mei - 4 Jun 2014. Ramai atlet dari pelusuk negeri datang mnmbanjiri negeri Perlis dengan semangat kesukanan yang tinggi dan untuk menjulang pingat dan kemenangan. Homestay Tambun Tulang turut merasai tempias semangat kesukanan dan kemeriahannya. Ini adalah kerana Homestay Tambun Tulang (pakej 5 bilik) telah menerima tempahan penginapan dari kontinjen Karatedo Sarawak. Sawarak telah menghantar 7 orang peserta untuk pertandingan Karatedo dalam acara Kata dan Kumite.
Pertandingan Karatedo telah berlangsung di Kolej Matrikulasi Perlis yang memakan masa 7-10 minit perjalanan menaiki kenderaan. Alhamdulillah, peserta dari Sarawak berjaya merangkul 1 pingat perak dan 1 pingat gangsa. Tahniah diucapkan. Sumbangan kami kepada para kontinjen adalah untuk menyediakan penginapan selesa kepada para kontinjen. Diharap mereka berpuas hati dan datang lagi ke negeri Perlis.
Terima kasih kepada Miss Cherina Chiew (pengurus pasukan Karatedo Sarawak), jurulatih-jurulatih dan para atlet kerana sudi berurusan dengan kami. Orang-orang Sarawak sememangnya baik hati, murah dengan senyuman, peramah dan cantik. Semoga kita berjumpa lagi!
|
Kontinjen Sarawak |
|
Kontinjen Karatedo Sarawak |
|
Kontinjen Karatedo Sarawak |
|
Kontinjen Karatedo Sarawak : Pengurus pasukan, jurulatih dan atlet |
|
Kontinjen mahu berangkat pulang ke Sarawak |
Maklumat lanjut mengenai homestay, sila klik:
|
Homestay rumah 2 bilik |
|
Homestay rumah 3 bilik |
Hubungilah sekarang untuk tempahan homestay!:
Pn. Zairina - 0174696110
Check In 2.00 petang, Check Out 12.00 tgh hari
0 comments:
Post a Comment