Ramai orang luar yang suka datang ke Perlis Indera Kayangan kerana ingin bershopping di Padang Besar dan Wang Kelian. Ini adalah kerana barang-barang yang dijual mempunyai harga yang murah dan pelbagai pilihan malah cantik dan berjenama. Ramai sedara mara dan kawan-kawan saya terutamanya kaum wanita datang ke Perlis semata-mata untuk bershopping di Padang Besar untuk membeli perhiasan wanita seperti Brooch tudung, gelang, rantai dan sebagainya. Katanya di Padang Besar, broochnya mempunyai kualiti yang baik dan murah. Ini dapat dilihat melalui batu permata yang cantik dan berkilau. Bagi saya pula, saya tak berminat dengan barang-barang ini, saya berminat dengan makanan..heheheh..Itu pasal badan saya makin sihat dan besar..
Brooch (gambar hiasan) |
Alkisahnya, ada seorang pelawat homestay membeli brooch dan tertinggal di homestay. Brooch pun mahal dan teramatlah cantik. So, dia call saya untuk carikan brooch tersebut dan katanya dia tertinggal dalam plastik dan telah dibuang ke dalam tong sampah kerana terlupa dan bercampur dengan sampah-sampah yang lain. Katanya klu brooch tersebut dijumpai dia nak hadiahkan kepada saya. Amboih, mulianya hati pelawat nih..kembang jantung saya dibuatnya So, saya tanya En. Wan, my hubby..dia bgtau toksah amik barang orang..bagi balik! nanti pi Padang Besar beli 50 brooch bagi..huhuuu..syoknyer ada suami yang baik hati!
So, jadilah misi saya sebagai seekor kucing selongkar tong sampah..
Rupanya bukan senang untuk menjadi kucing berpangkat polis nih, kena selongkar sampah satu persatu. Lagi satu cabaran, barang yang dicari teramatlah kecil, jenuh perasing sampah satu persatu dan baunya toksah habarlah kan. Nasib baik sampah ni sehari aje, klu seminggu alamaknya pengsan saya dibuatnya.
Setelah selongkar hampir setengah jam dengan menahan bau yang hampir pengsan beserta peluh jantan betina yang keluar di badan, akhirnya barang yang dicari dijumpai..
Brooch di dalam sampul yang masih berkeadaan elok
Cantik tak? Inilah sebab kenapa ramai pelancong datang ke Perlis antaranya sebab shopping brooch yang cantik berkilau.. |
Brooch tersebut dimasukkan ke dalam pos ekspes untuk dihantar tetapi telah direject oleh kerani pejabat pos, Katanya sampul pos ekspres hanyalah untuk menghantar dokumen sahaja. Minta maaf cikgu (pemilik brooch), saya lambat pos brooch tersebut kerana kekangan masa dan pelbagai masalah timbul..
0 comments:
Post a Comment