Perlis akan menjadi tuan rumah SUKMA XVII yang akan berlangsung pada 24 Mei 2014 hingga 4 Jun 2014. Sebanyak 24 jenis sukan yang dipertandingkan di mana 19 sukan wajib dan 5 sukan pilihan. Kemeriahannya dirasai oleh rakyat negeri Perlis dengan kebanjiran atlet-atlet sukan yang membanjiri di segenap pelosok negeri.
|
19 sukan Wajib
|
5 sukan pilihan |
|
Penganjuran sukan di negeri Perlis bertepatan memandangkan untuk menggalakkan pelancong dari dalam dan luar negara datang beramai-ramai ke negeri Perlis untuk mengenali budaya dan tempat-tempat menarik di negeri Perlis.
Pada bulan Mei ini, negeri Perlis dibanjiri oleh pohon-pohon mempelam yang berbuah dengan lebatnya di sepanjang jalan dan rumah. Tidak ketinggalan, musim buah mempelam harum manis yang paling terkenal di negeri Perlis harus dicuba dan dirasai oleh pelancong yang datang ke Perlis. Alhamdulillah, para pesawah mula menanam padi dan menggamit pemandangan yang cantik seperti hamparan permaidani hijau di sekitar negeri Perlis.
Diharap para pelancong dapat mengalami memori yang terindah apabila berada di negeri Perlis nanti yang terkenal dengan keindahan semujadi.
|
Logo |
|
Maskot |
|
Lokasi tempat Penginapan |
|
Lokasi Venue Pertandingan |
Maklumat lanjut mengenai SUKMAXVII Perlis 2014 di sini
|
Pemandangan indah yang biasa dilihat di Perlis pada musim menanam padi (bulan Mei & Jun) |
|
Sekiranya datang ke Perlis, di kiri kanan jalan kampung pasti ada pemandangan pokok buah mempelam berbuah lebat |
P/S : Homestay Tambun Tulang turut merasa tempias kemeriahannya, pihak Homestay ingin memohon maaf andai yang menghubungi homestay untuk penginapan dari tarikh
24 Mei 2014 hingga 2 Jun 2014 dan dari
6 Jun 2014 hingga 9 Jun 2014 kerana homestay tidak dapat menerima tempahan. So, sekiranya anda semua ingin menghubungi pihak homestay untuk bertanya khabar, silakan..kami menunggu panggilan anda!
Maklumat lanjut mengenai homestay, sila klik:
|
Homestay rumah 2 bilik |
|
Homestay rumah 3 bilik |
Tempahlah homestay sekarang!
Wan (0124197357)
Eina (0174696110)
Check In 2.00 petang, Check Out 12.00 tgh hari
|
Read More