Homestay Tambun Tulang Arau Perlis

Kepakaran kami adalah menyediakan penginapan terbaik melalui penginapan homestay kepada anda yang inginkan penginapan yang selesa & menyenangkan.Pakej kami tawarkan bermula dari rumah teres 2 bilik (RM120) rumah teres 3 bilik (RM150) rumah teres 5 bilik (RM250) untuk keselesaan anda. Tempahlahlah sekarang! whatsapp / call : 0174696110 Che Eina

Monday, May 11, 2015

'Orang-orang' muncul ketika musim menanam padi @ Homestay Tambun Tulang Arau Perlis

Salam semua,

Sekarang bulan Mei 2015  adalah musim menanam padi di Perlis. Bulan March yang lepas merupakan musim kemarau di Perlis manakala bulan April adalah musim hujan. Alhamdulillah, hasil hujan yang mencurah-curah makan sawah padi kini dipenuhi air. 

Para petani membajak sawah @ mengala dengan kabokta untuk tujuan menggemburkan tanah. Benih disemai dan muncullah 'orang-orang' yang dihasilkan menyerupai manusia oleh para petani untuk tujuan menghalau binatang seperti burung dan tikus daripada memakan benih padi.  Jom menginap di Homestay Tambun Tulang untuk menikmati keindahan sebenar.

'Orang-orang' 
Orang-orang yang memakai topi

'Orang-orang' 
orang-orang memakai topi keledar


Batas bendang.
30 tahun yang lepas, batas inilah sebagai jalan alternatif orang kampung ke rumah masing-masing. Sekarang pembangunan semakin pesat, kemudahan jalan tar disediakan.

Tali Air.
Bukan sahaja membekalkan air ke sawah tetapi mengandungi ikan. Jom mengail..

Sesuai untuk riadah
Setiap petang boleh menggunakan jalan ini untuk aktiviti riadah seperti berjoging, berbasikal dan sebagainya.





Homestay Tambun Tulang Arau Perlis (rumah 3 bilik)

Tempahlah homestay sekarang!
Wan (0124197357)
Eina (0174696110)

Check In 2.00 petang, Check Out 12.00 tgh hari

[Kami alu-alukan rombongan bas ke Homestay Tambun Tulang Arau Perlis. Selain homestay kami iaitu Homestay Tambun Tulang Arau Perlis, terdapat 2 buah homestay pemilik lain iaitu Homestay Adnin (homestay rumah teres 2 bilik) dan Homestay Mahsuri (homestay rumah teres 3 bilik)  berdekatan untuk keselesaan anda sekiranya anda adalah rombongan bas tersebut. Tq



0 comments:

Post a Comment

© Homestay Tambun Tulang Arau Perlis, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena