Homestay Tambun Tulang Arau Perlis |
Salam semua,
Alhamdullillah, saya bekerja untuk menyediakan homestay yang terbaik kepada anda. Keselesaan adalah subjektif. Tetapi apa yang penting kami sudah menyediakan yang terbaik kepada anda pada harga yang berpatutan. Keselesaan pelanggan dibuktikan melalui ada yang menginap lagi di homestay kami untuk kali yang seterusnya dan seterusnya..
Selain itu, di dalam pekerjaan pun mestilah lakukan yang terbaik. Yang penting hati mau ikhlas.
Alhamdulillah. Saya telah diberi rezeki dan keizinan dariNYA untuk menerima Anugerah Perkhidmatan Terbaik 2014 pada 6 Mei 2015 yang lalu di Dewan Serbaguna, Kementerian Pelancongan & Kebudayaan, Putrajaya untuk perkhidmatan saya sebagai Penolong Pustakawan di Perpustakaan Awam Negeri Perlis. Alhamdulillah..
Bersama En. Raman (N11), Pn. Hjh Nafisah (Ketua Pengarah PNM) dan saya |
0 comments:
Post a Comment