Homestay Tambun Tulang Arau Perlis

Kepakaran kami adalah menyediakan penginapan terbaik melalui penginapan homestay kepada anda yang inginkan penginapan yang selesa & menyenangkan.Pakej kami tawarkan bermula dari rumah teres 2 bilik (RM120) rumah teres 3 bilik (RM150) rumah teres 5 bilik (RM250) untuk keselesaan anda. Tempahlahlah sekarang! whatsapp / call : 0174696110 Che Eina

Monday, February 2, 2015

Membeli pakaian ala-ala askar di Kompleks Beli Belah Padang Besar

Salam semua..

Adakah anda berhajat untuk datang ke Perlis untuk pelbagai urusan? berkursus, menghadiri kenduri kendara, melancong dan lain-lain..

Jadi, jangan lepaskan peluang anda membeli belah di Kompleks Beli Belah Padang Besar kerana ianya merupakan syurga membeli belah bagi kaum lelaki dan wanita. Dan harganya amatlah murah. Kenapa saya bagitau ianya merupakan syurga beli belah bagi kaum lelaki dan wanita..ini kerana di Padang Besar pelbagai barangan ada khas untuk lelaki dan perempuan..sebagai contoh baju kerja lelaki, seluar askar, baju sukan, kasut dan bagi kaum wanita seperti baju blous, tshirt, seluar, brooch, rantai mahupun kelengkapan kahwin..

Kitaorang setiap minggu pada hujung minggu akan ke Padang Besar. Ini  kerana jarak perjalanan dari Homestay Tambun Tulang ke Padang Besar hanyalah 20-30 minit sahaja. Padang Besar bukan sahaja tempat membeli belah tetapi merupakan syurga makanan. Makanannya  amat sedap sekali terutamanya tomyam udang galah, somtam, paprik,pulut ayam dan sebagainya. Majoriti citarasa makanan Thailand yang pedas dan lazat..Beratus-ratus gerai jualan pakaian, barangan rumah yang super hot murah menanti anda di sana.

Pada 1 Feb (Ahad) yang lalu, saya berpeluang ke Padang Besar untuk membeli seluar ala-ala askar untuk cik abag dan saya sendiri. ramai pengunjung dari luar datang ke Padang Besar kerana ada bergondol-gondol bas persiaran parking di pekarangan kompleks. Sambil-sambil saya menjenguk pakaian saya amat tertarik dengan pengunjung dari Johor ini dan terdengar perbualan mereka..macam mana saya boleh kenali mereka adalah dari pelet negeri. Diorang berbincang mengenai harga pakaian, si adik sedang mencari-cari pakaian korporat petronas..akhirnya terjumpa di Padang Besar dan girangnya dalam hatinya apabila pakaian tersebut cumalah berharga RM50.00 sahaja..dan sekiranya di beli di tempat luarr berharga RM500 ke RM600.00.

Kes 2 saya sempat bertemu dengan pemandu pelancung, dia telah membawa pelancung dari Sabah berjalan-jalan di Wang Kelian dan Padang Besar. Pelancung dari Sabah tersebut telah membeli tas tangan berjenama yang katanya sekiranya beli di luar kemungkinan harganya mencecah RM300-RM500.00 dan harga di Padang Besar hanyalah bawah RM100.00 sahaja.

Sesiapa yang ingin ke Padang Besar, berikut adalah tips-tips yang saya nak berikan:

  1. Jangan pakai kasut tumit tinggi..kerana perlu banyak berjalan dari satu kedai ke satu kedai kerana kedai di Padang Besar terlalu banyak
  2. Berjalan-jalan di setiap kedai dan survey harga pakaian paling murah kerana setiap kedai mempunyai barang yang sama tetapi harga yang berlainan..kadang-kala berbeza dalam RM20.00..
  3. Beli barang di kedai yang terperosok @ ke belakang kerana di situ kadangkala harga yang ditawarkan adalah murah kerana ramai pelanggan kebanyakkan akan menuju kedai yang kehadapan
  4. Kenalah ada tawar menawar harga..walaupun harga tshirt berjenama diletakkan harga RM25.00 tetapi anda boleh melakukan tawar menawar sehingga harga RM20.00 atau kurang lagi
  5. Jangan bercakap loghat negeri, loghat key-L, Loghat Kelantan, Trengganu, loghat omputih..better cakap loghat utara..sekiranya x pandai pun, cakap bahasa baku pun ok..untuk elak dikenali sebagai orang luar dan kena sembelih harga
  6. Makanan di Padang Besar semuanya halal..so, jangan was-was untuk mencuba makanan walaupun orang Thailand yang menjualnya..kerana kebanyakkan orang Thailand beragama islam
  7. Sekiranya beli makanan ringan seperti dodol, asam dan lain-lain..better cuba rasa dahulu makanan tersebut..dikhuatiri tidak segar @ better beli makanan di kedai tumpuan orang ramai..
Saya telah berpeluang untuk membeli belah di tiga tempat yang saya namakan sebagai syurga membeli belah iaitu Pulau Langkawi, Padang Besar dan Wang Kelian..masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri..Berikut yang boleh saya simpulkan:


Padang Besar
Wang Kelian
Pulau Langkawi
Pelbagai barangan pakaian lelaki dan wanita, kelengkapan kahwin, barangan rumah seperti tikar, periuk, toto, perhiasan wanita, beg, makanan ringan yang murah-murah. Tapi paling special adalah pakaian yang banyak.

Makanan Thailand yang sedap

Pelbagai barangan seperti toto, pakaian, barangan mainan kanak-kanak, periuk murah-murah.

Masuk sempadan thailand untuk membeli belah tanpa perlu passport / border pass

Makanan Thailand yang sedap
Pelbagai barangan seperti set pingan, mangkuk, periuk, coklat yang murah-murah. Barangan pakaian tidak banyak

Banyak tempat menarik di Langkawi boleh dilawati


Pemandangan aras bawah kompleks beli belah
Pemandangan dari Homestay Ulu Pauh ~ Padang Besar melalui Jalan Ladang Tebu. Dinasihatkan mengikut jalan ini kerana laluan tidak sesak

Pemandangan menarik bukit bukau..dahulunya kiri kanan jalan dipenuhi ladang pokok tebu dan kini ditanam pokok getah


Persimpangan ke kompleks Padang Besar dari arah Ladang Tebu..jumpa lampu isyarat dan belok ke kiri
jangan lupa selfie di dalam kereta

Dari lampu isyarat terus dan jumpa jalan bulatan..pusing dan terus akan jumpa balai polis di sebelah kiri jalan..masuk jalan balai polis..

Kompleks beli belah Padang Besar

Pemandangan di sekitar tempat beli belah


Aras bawah tempat beli belah

Pakaian wanita dan lelaki berjenama

Baju lelaki pelbagai pilihan

Baju lelaki pelbagai pilihan

Baju kerja yang cantik dan maskulin

Pakaian wanita pelbagai pilihan dari baju tidur sehinggalah baju jalan-jalan

Kerongsang dan permainan kanak-kanak

Pakaian sukan

jualan barang kemas

Pelbagai pilihan kerongsang yang berkilau-kilau

Perhiasan diri wanita : rantai, gelang tangan, subang dan sebagainya

Pelbagai makanan ringan untuk dibawa pulang

Pelanggan lelaki dan wanita 


Pilihan pakaian yang banyak dan murah-murah

Cubalah kedai makanan di sini..makanannya sedap sekali, tomyam yang sedap dan pedas..memang menjadi pilihan kami apabila ke Padang Besar..Harga sesuai dengan makanan yang dipilih..Tomyam udang galah RM10.00

Hasil membeli belah..seluar pendek (RM35), baju polis hijau (RM24), seluar panjang (RM40.00), baju bodyfit RM30.00

Homestay Tambun Tulang Arau Perlis (rumah 2 bilik)

Homestay Tambun Tulang Arau Perlis (rumah 3 bilik)

Hubungilah sekarang untuk tempahan homestay!:
Pn. Zairina   - 0174696110

Check In 2.00 petang, Check Out 12.00 tgh hari

[Kami alu-alukan rombongan bas ke Homestay Tambun Tulang Arau Perlis. Selain homestay kami iaitu Homestay Tambun Tulang Arau Perlis, terdapat 2 buah homestay pemilik lain iaitu Homestay Adnin (homestay rumah teres 2 bilik) dan Homestay Mahsuri (homestay rumah teres 3 bilik)  berdekatan untuk keselesaan anda sekiranya anda adalah rombongan bas tersebut. Tq


0 comments:

Post a Comment

© Homestay Tambun Tulang Arau Perlis, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena