Salam semua,
Hai!
Saya ingin bercerita mengenai suasana petang di Homestay Tambun Tulang Arau Perlis. Memandangkan homestay Tambun Tulang Arau Perlis berada di perumahan yang dikelilingi dengan sawah padi, anda akan menikmati saat-saat indah dengan angin nyaman dan sempoi-sempoi bahasa. Jadi, saya pun mengambil peluang di waktu petang untuk keluar berjoging sambil menikmati pemandangan sawah padi menghijau dan menguning. Boleh juga membawa anak-anak jejalan tengok mesin padi mengambil padi.
Air di tali air hampir kekeringan dan kepada para peminat memancing, bolehlah memancing di sini. ada banyak ikan seperti ikan haruan dan puyu. Kalu nak lain-lain ikan yang besar bolehlah memancing di Sungai Tambun Tulang (di hadapan perumahan homestay). Kadang-kadang di dalam longkang homestay pun ada anak-anak ikan yang bermain-main air.
So, sesiapa yang ingin menginap lama di homestay jangan lupa bawa kasut sukan untuk berjoging atau bermain takraw, alat pancing ikan (sekiranya berminat memancing), layang-layang (sekiranya nak bermain di padang).
Ada yang risau, homestay Tambun Tulang tinggal di kawasan terperosok ke?..oh tidak sama sekali, Tambun Tulang merupakan kawasan kedesaan yang berdekatan dengan jalan raya besar, penduduk yang ramai kerana ada pelajar-pelajar Uitm, Unimaps dan Kolej Komuniti yang menginap di sini dan 5 minit ajer ke bandar Arau.
Cakap banyak pun x mau..jom kita tengok gambar..
Pokok padi menghijau dan mengeluarkan buah |
Pokok padi hampir menguning |
Denai larian.. Sebelah kiri jalan, pokok padi menghijau..sebelah kanan jalan pokok padi hampir menguning.. |
0 comments:
Post a Comment