Homestay Tambun Tulang Arau Perlis

Kepakaran kami adalah menyediakan penginapan terbaik melalui penginapan homestay kepada anda yang inginkan penginapan yang selesa & menyenangkan.Pakej kami tawarkan bermula dari rumah teres 2 bilik (RM120) rumah teres 3 bilik (RM150) rumah teres 5 bilik (RM250) untuk keselesaan anda. Tempahlahlah sekarang! whatsapp / call : 0174696110 Che Eina

Wednesday, January 14, 2015

Perasmian Perpustakaan Bestari Samsung @ Perpustakaan Awam Negeri Perlis

Salam semua,

Hai..
Hari ini saya nak bercerita mengenai tempat kerja saya @ Perpustakaan Awam Negeri Perlis, Kangar Perlis. Telah berlangsung dengan jayanya perasmian Perpustakaan Bestari Samsung pada 12 Januari 2015 yang dirasmikan oleh DYTM Tuanku Raja Muda Perlis. Turut berangkat bersama baginda adalah DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis dan dua orang anakanda beliau iaitu anakanda sulung; YAM Sharifah Khatreena Nuraniah dan anakanda bongsu yang merupakan pewaris takhta ke-3 negeri Perlis  iaitu Yang Amat Mulia Syed Sirajuddin Areeb Putra.

Bercerita mengenai kerabat Diraja negeri Perlis. Kami rakyat negeri Perlis berasa amat bersyukur kerana memiliki raja yang berhati mulia, berjiwa rakyat. Tuanku Raja Perlis kami tidak teragak-agak untuk bergaul dengan masyarakat tanpa mengira kaum, umur dan pangkat. Misalannya Yang Amat Mulia Syed Sirajuddin Areeb Putra merupakan pewaris takhta Perlis telah diajar untuk bersama masyarakat. Walaupun berumur 5 tahun, beliau tidak kekok untuk bergaul bersama rakyat, gelak tawanya, senyumanannya mampu mencair hati para rakyat. Begitupun kekanda-kekanda beliau yang lain.

Mengenai Perpustakaan Bestari Samsung pula, ianya merupakan projek kemasyarakatan syarikat Samsung Electronic Malaysia yang menawarkan persekitaran bacaan elektronik kepada masyarakat negeri Perlis. Di Malaysia, hanya 3 Perpustakaan Bestari Samsung dibina iaitu Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan Awam Negeri Perlis dan Perpustakaan Awam Ngeri Terengganu. Perpustakaan dibahagikan kepada 3 zon iaitu Zon Kanak-Zanak (5-9 tahun), Zon Membaca dan Zon Interaktif.

Sesiapa yang melancong dan bercuti di negeri Perlis, apa kata anda bawalah anak-anak anda di perpustakaan ini. Tak rugi beb!. Jarak perjalanan hanyalah 20 minit dari Homestay Tambun Tulang Arau Perlis.

Penat bercerita, tengok gambar lagi best!
Bahagian Luar Perpustakaan Bestari Samsung

Kaunter hadapan Perpustakaan Bestari Samsung

Zon Membaca menggunakan peranti Samsung 


Zon Interaktif. Di sini pengguna boleh membaca majalah dan suratkhabar secara online.

Zon Kanak-Kanak. Untuk kanak-kanak berumur 5-9 tahun

Zon Membaca. Kelihatan pengguna perpustakaan menggunakan peranti

Zon Kanak-Kanak


Zon Membaca

kelihatan kanak-kanak gembira menggunakan Perpustakaan Bestari Samsung
Anakanda Tuanku Raja Muda Perlis




Tuanku Raja Muda Perlis bersama anakanda dan sebahagian kanak-kanak

Pewaris ke-3 negeri Perlis..Yang Amat Mulia Syed Sirajuddin Areeb Putra
(kedudukan 2 dari kiri)


Bergambar kenangan Tuanku and me..kih3..Tuanku cakap sesuatu dkt jurugambar, dia bagitau nak tangkap gambar, dia seronok..

Kiri..bestfriend Tuanku..kawan sekelas Tusnku yang merupakan anak staf perpustakaan

Homestay Tambun Tulang Arau Perlis (rumah 2 bilik)

Homestay Tambun Tulang Arau Perlis (rumah 3 bilik)

Hubungilah sekarang untuk tempahan homestay!:
Pn. Zairina   - 0174696110

Check In 2.00 petang, Check Out 12.00 tgh hari

[Kami alu-alukan rombongan bas ke Homestay Tambun Tulang Arau Perlis. Selain homestay kami iaitu Homestay Tambun Tulang Arau Perlis, terdapat 2 buah homestay pemilik lain iaitu Homestay Adnin (homestay rumah teres 2 bilik) dan Homestay Mahsuri (homestay rumah teres 3 bilik)  berdekatan untuk keselesaan anda sekiranya anda adalah rombongan bas tersebut. Tq


0 comments:

Post a Comment

© Homestay Tambun Tulang Arau Perlis, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena