Homestay Tambun Tulang Arau Perlis

Kepakaran kami adalah menyediakan penginapan terbaik melalui penginapan homestay kepada anda yang inginkan penginapan yang selesa & menyenangkan.Pakej kami tawarkan bermula dari rumah teres 2 bilik (RM120) rumah teres 3 bilik (RM150) rumah teres 5 bilik (RM250) untuk keselesaan anda. Tempahlahlah sekarang! whatsapp / call : 0174696110 Che Eina

Friday, January 30, 2015

Rombongan bas dari PERDA

Salam semua,

First of all (cewah! speaking plak yer) saya nak ucapkan terima kasih kepada Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) kerana sudi menginap di Homestay Tambun Tulang Arau Perlis pada 29 Januari 2015 (Khamis) yang lalu. 

Tujuan rombongan adalah mengadakan lawatan ke UniMAP Pauh, Arau Perlis. Sebanyak 12 orang (lelaki) yang menginap di Homestay Tambun Tulang Arau Perlis (Homestay 5 bilik = homestay 2 bilik + homestay 3 bilik). 6 orang perempuan menginap di Homestay Mahsuri (homestay 3 bilik) di taman perumahan yang sama.

Jadi, bagi anda yang ingin mengadakan lawatan bas, pihak kami ada sediakan homestay berdekatan. Parking tidak menjadi suatu masalah kepada kami dan pihak anda. Makanan pun mudah dicari.


Homestay Tambun Tulang Arau Perlis (rumah 2 bilik)

Homestay Tambun Tulang Arau Perlis (rumah 3 bilik)

Hubungilah sekarang untuk tempahan homestay!:
Pn. Zairina   - 0174696110

Check In 2.00 petang, Check Out 12.00 tgh hari

[Kami alu-alukan rombongan bas ke Homestay Tambun Tulang Arau Perlis. Selain homestay kami iaitu Homestay Tambun Tulang Arau Perlis, terdapat 2 buah homestay pemilik lain iaitu Homestay Adnin (homestay rumah teres 2 bilik) dan Homestay Mahsuri (homestay rumah teres 3 bilik)  berdekatan untuk keselesaan anda sekiranya anda adalah rombongan bas tersebut. Tq
Read More

Saturday, January 24, 2015

Rombongan bas dr UiTM

Salam,

Diucapkan jutaan terima kasih dari Rombongan UiTM Bukit Besi Trengganu yang menginap di Homestay Tambun Tulang Arau Perlis dari 21 Januari hinggalah 24 January 2015. Mereka berkursus di UiTM Arau Perlis, berjalan-jalan di sekitara negeri Perlis dan bercuti di Pulau Langkawi. Rombongan bas seramai 25 orang ini telah mengambil Homestay Tambun Tulang Arau Perlis (5 bilik), Homestay Mahsuri (3 bilik) dan Homestay Adnin (2 bilik).

Terima kasih juga kerana sudi untuk mempromosikan homestay kami kepada kaum keluarga dan rakan-rakan di Trengganu. Sehingga kita berjumpa lagi.





Homestay Tambun Tulang Arau Perlis (rumah 2 bilik)

Homestay Tambun Tulang Arau Perlis (rumah 3 bilik)

Hubungilah sekarang untuk tempahan homestay!:
Pn. Zairina   - 0174696110

Check In 2.00 petang, Check Out 12.00 tgh hari

[Kami alu-alukan rombongan bas ke Homestay Tambun Tulang Arau Perlis. Selain homestay kami iaitu Homestay Tambun Tulang Arau Perlis, terdapat 2 buah homestay pemilik lain iaitu Homestay Adnin (homestay rumah teres 2 bilik) dan Homestay Mahsuri (homestay rumah teres 3 bilik)  berdekatan untuk keselesaan anda sekiranya anda adalah rombongan bas tersebut. Tq
Read More

Musim menuai padi di Perlis

Salam semua,

Gambar ini saya ambil sekitar di Homestay Tambung Tulang Arau Perlis ketika berjoging dan menghirup menghirup udara segar. Release tension saya bekerja seharian sekiranya saya mengambil masa berjalan-jalan dan menghirup udara segar di bumi Perlis. Untuk pengetahuan semua, sekarang ini adalah musim menuai padi di Perlis..selepas 2 bulan mungkin orang akan mula menanam semula padi..

jom layan gambar..
Pemandangan padi yang telah dimesin dan belum dimesin

Rumah idaman saya..Macam english style..klu anak banyak seronok kan..


Pemandangan perumahan dan Kolej Komuniti Arau dari tempat berjogging

Pokok padi dari jarak yang dekat

Sekawan pokok padi

Mesin padi yang baru selesai mengambil padi

Budak pun terpesona dengan mesin padi

Lori mengambil padi

Homestay Tambun Tulang Arau Perlis (rumah 2 bilik)

Homestay Tambun Tulang Arau Perlis (rumah 3 bilik)

Hubungilah sekarang untuk tempahan homestay!:
Pn. Zairina   - 0174696110

Check In 2.00 petang, Check Out 12.00 tgh hari

[Kami alu-alukan rombongan bas ke Homestay Tambun Tulang Arau Perlis. Selain homestay kami iaitu Homestay Tambun Tulang Arau Perlis, terdapat 2 buah homestay pemilik lain iaitu Homestay Adnin (homestay rumah teres 2 bilik) dan Homestay Mahsuri (homestay rumah teres 3 bilik)  berdekatan untuk keselesaan anda sekiranya anda adalah rombongan bas tersebut. Tq
Read More

Wednesday, January 14, 2015

Perasmian Perpustakaan Bestari Samsung @ Perpustakaan Awam Negeri Perlis

Salam semua,

Hai..
Hari ini saya nak bercerita mengenai tempat kerja saya @ Perpustakaan Awam Negeri Perlis, Kangar Perlis. Telah berlangsung dengan jayanya perasmian Perpustakaan Bestari Samsung pada 12 Januari 2015 yang dirasmikan oleh DYTM Tuanku Raja Muda Perlis. Turut berangkat bersama baginda adalah DYTM Tuanku Raja Puan Muda Perlis dan dua orang anakanda beliau iaitu anakanda sulung; YAM Sharifah Khatreena Nuraniah dan anakanda bongsu yang merupakan pewaris takhta ke-3 negeri Perlis  iaitu Yang Amat Mulia Syed Sirajuddin Areeb Putra.

Bercerita mengenai kerabat Diraja negeri Perlis. Kami rakyat negeri Perlis berasa amat bersyukur kerana memiliki raja yang berhati mulia, berjiwa rakyat. Tuanku Raja Perlis kami tidak teragak-agak untuk bergaul dengan masyarakat tanpa mengira kaum, umur dan pangkat. Misalannya Yang Amat Mulia Syed Sirajuddin Areeb Putra merupakan pewaris takhta Perlis telah diajar untuk bersama masyarakat. Walaupun berumur 5 tahun, beliau tidak kekok untuk bergaul bersama rakyat, gelak tawanya, senyumanannya mampu mencair hati para rakyat. Begitupun kekanda-kekanda beliau yang lain.

Mengenai Perpustakaan Bestari Samsung pula, ianya merupakan projek kemasyarakatan syarikat Samsung Electronic Malaysia yang menawarkan persekitaran bacaan elektronik kepada masyarakat negeri Perlis. Di Malaysia, hanya 3 Perpustakaan Bestari Samsung dibina iaitu Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan Awam Negeri Perlis dan Perpustakaan Awam Ngeri Terengganu. Perpustakaan dibahagikan kepada 3 zon iaitu Zon Kanak-Zanak (5-9 tahun), Zon Membaca dan Zon Interaktif.

Sesiapa yang melancong dan bercuti di negeri Perlis, apa kata anda bawalah anak-anak anda di perpustakaan ini. Tak rugi beb!. Jarak perjalanan hanyalah 20 minit dari Homestay Tambun Tulang Arau Perlis.

Penat bercerita, tengok gambar lagi best!
Bahagian Luar Perpustakaan Bestari Samsung

Kaunter hadapan Perpustakaan Bestari Samsung

Zon Membaca menggunakan peranti Samsung 


Zon Interaktif. Di sini pengguna boleh membaca majalah dan suratkhabar secara online.

Zon Kanak-Kanak. Untuk kanak-kanak berumur 5-9 tahun

Zon Membaca. Kelihatan pengguna perpustakaan menggunakan peranti

Zon Kanak-Kanak


Zon Membaca

kelihatan kanak-kanak gembira menggunakan Perpustakaan Bestari Samsung
Anakanda Tuanku Raja Muda Perlis




Tuanku Raja Muda Perlis bersama anakanda dan sebahagian kanak-kanak

Pewaris ke-3 negeri Perlis..Yang Amat Mulia Syed Sirajuddin Areeb Putra
(kedudukan 2 dari kiri)


Bergambar kenangan Tuanku and me..kih3..Tuanku cakap sesuatu dkt jurugambar, dia bagitau nak tangkap gambar, dia seronok..

Kiri..bestfriend Tuanku..kawan sekelas Tusnku yang merupakan anak staf perpustakaan

Homestay Tambun Tulang Arau Perlis (rumah 2 bilik)

Homestay Tambun Tulang Arau Perlis (rumah 3 bilik)

Hubungilah sekarang untuk tempahan homestay!:
Pn. Zairina   - 0174696110

Check In 2.00 petang, Check Out 12.00 tgh hari

[Kami alu-alukan rombongan bas ke Homestay Tambun Tulang Arau Perlis. Selain homestay kami iaitu Homestay Tambun Tulang Arau Perlis, terdapat 2 buah homestay pemilik lain iaitu Homestay Adnin (homestay rumah teres 2 bilik) dan Homestay Mahsuri (homestay rumah teres 3 bilik)  berdekatan untuk keselesaan anda sekiranya anda adalah rombongan bas tersebut. Tq


Read More

Tuesday, January 13, 2015

Pokok bunga Ros di tepi Homestay Tambun Tulang Arau Perlis

Salam semua,

Hi!
Ada pepatah berbunyi: 
Berbudi pada tanah akan mendapat hasilnya!

..so, inilah hasilnya..saya tanam pokok bunga ros, pokok bunga ros pun mengeluarkan bunga yang banyak untuk ketenteraman hati para penghuni homestay. So, bagi pencinta bunga ros, jangan malu-malu untuk mengambil dahan bunga ros untuk dibawa pulang..disemai dan ditanam di rumah..






Homestay Tambun Tulang Arau Perlis (rumah 2 bilik)

Homestay Tambun Tulang Arau Perlis (rumah 3 bilik)

Hubungilah sekarang untuk tempahan homestay!:
Pn. Zairina   - 0174696110

Check In 2.00 petang, Check Out 12.00 tgh hari

[Kami alu-alukan rombongan bas ke Homestay Tambun Tulang Arau Perlis. Selain homestay kami iaitu Homestay Tambun Tulang Arau Perlis, terdapat 2 buah homestay pemilik lain iaitu Homestay Adnin (homestay rumah teres 2 bilik) dan Homestay Mahsuri (homestay rumah teres 3 bilik)  berdekatan untuk keselesaan anda sekiranya anda adalah rombongan bas tersebut. Tq



Read More

Suasana petang di Homestay Tambun Tulang Arau Perlis

Salam semua,

Hai!

Saya ingin bercerita mengenai suasana petang di Homestay Tambun Tulang Arau Perlis. Memandangkan homestay Tambun Tulang Arau Perlis berada di perumahan yang dikelilingi dengan sawah padi, anda akan menikmati saat-saat indah dengan angin nyaman dan sempoi-sempoi bahasa. Jadi, saya pun mengambil peluang di waktu petang untuk keluar berjoging sambil menikmati pemandangan sawah padi menghijau dan menguning. Boleh juga membawa anak-anak jejalan tengok mesin padi mengambil padi.

Air di tali air hampir kekeringan dan kepada para peminat memancing, bolehlah memancing di sini. ada banyak ikan seperti ikan haruan dan puyu. Kalu nak lain-lain ikan yang besar bolehlah memancing di Sungai Tambun Tulang (di hadapan perumahan homestay). Kadang-kadang di dalam longkang homestay pun ada anak-anak ikan yang bermain-main air.

So, sesiapa yang ingin menginap lama di homestay jangan lupa bawa kasut sukan untuk berjoging atau bermain takraw, alat pancing ikan (sekiranya berminat memancing), layang-layang (sekiranya nak bermain di padang).

Ada yang risau, homestay Tambun Tulang tinggal di kawasan terperosok ke?..oh tidak sama sekali, Tambun Tulang merupakan kawasan kedesaan yang berdekatan dengan jalan raya besar, penduduk yang ramai kerana ada pelajar-pelajar Uitm, Unimaps dan Kolej Komuniti yang menginap di sini dan 5 minit ajer ke bandar Arau.

Cakap banyak pun x mau..jom kita tengok gambar..
Pokok padi menghijau dan mengeluarkan buah

Pokok padi hampir menguning

Denai larian..
Sebelah kiri jalan, pokok padi menghijau..sebelah kanan jalan pokok padi hampir menguning..

kelibat 2 orang yang sedang berjoging..di sebelah kiri jalan adalah tali air yang sesuai untuk pemancing



Homestay Tambun Tulang Arau Perlis (rumah 2 bilik)

Homestay Tambun Tulang Arau Perlis (rumah 3 bilik)

Hubungilah sekarang untuk tempahan homestay!:
Pn. Zairina   - 0174696110

Check In 2.00 petang, Check Out 12.00 tgh hari

[Kami alu-alukan rombongan bas ke Homestay Tambun Tulang Arau Perlis. Selain homestay kami iaitu Homestay Tambun Tulang Arau Perlis, terdapat 2 buah homestay pemilik lain iaitu Homestay Adnin (homestay rumah teres 2 bilik) dan Homestay Mahsuri (homestay rumah teres 3 bilik)  berdekatan untuk keselesaan anda sekiranya anda adalah rombongan bas tersebut. Tq




Read More

Thursday, January 1, 2015

Perkhidmatan pengasuh bayi

Salam semua,

Anda memerlukan perkhidmatan pengasuh bayi dan kanak-kanak sementara anda berkursus (UniMAP & Politeknik), berjalan-jalan shopping di Perlis dengan senang hati. Usah risau, kerana pihak kami ada penyelesaian.

Pihak saya ada sediakan khidmat mengasuh bayi dan kanak-kanak dari pagi hingga ke petang. Tanggungjawab kami adalah mengasuh, menjaga, memandikan, memberi makan dan tidur kepada anak-anak anda.

Lokasi rumah : Ulu Pauh (tepi highway) berdekatan dengan IPT Unimap dan Politeknik Syed Sirajuddin . Bilangan bayi jagaan & kanak-kanak adalah terhad. Hanya RM30.00 (sehari) 8 pagi - 5.00 petang. Tertakluk atas budi bicara.

Berminat?

Sila dail : 0175318636 (Esaeh)






( homestay arau, homestay kolej komuniti perlis, homestay kuala perlis, homestay marikulasi perlis, homestay padang besar, homestay perlis, homestay uitm arau, homestay Ulu Pauh, homestay unimap, homestay universiti malaysia perlis, homestay universiti utara malaysia, homestay Sedhu ram pauh, homestay politeknik tuanku syed sirajuddin perlis )

Hubungilah sekarang untuk tempahan homestay!:

Pn. Zairina   - 0174696110
Read More

© Homestay Tambun Tulang Arau Perlis, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena