Terima kasih kerana sudi melawat ke blog Homestay Tambun Tulang Arau Perlis. Cuti sekolah pertengahan November & Disember ramai ibu bapa yang merancang bercuti bersama anak-anak, ada yang mencari penginapan yang selesa di homestay kami untuk bercuti samada melancong di Perlis, Pulau Langkawi atau melancong ke luar negara di Thailand. Ada juga yang mencari homestay kami untuk penginapan keluarga yang besar untuk menghadiri kenduri kendara, berkursus, outstation dan sebagainya.
Tetapi apa yang hendak kami sampaikan di sini adalah HOMESTAY TAMBUN TULANG ARAU PERLIS bukan sahaja menyediakan sebuah penginapan yang selesa malah lebih dari itu..JOM KENALINYA DI SINI DAN ALAMINYA SENDIRI DI HOMESTAY KAMI..
1) Pemandangan yang cantik, udara yang segar di Homestay Tambun Tulang Arau Perlis
Ianya bermula dari suatu pagi yang indah, sekiranya anda mempunyai masa, ambillah peluang untuk mencergaskan diri berjoging di sekitar jalan kecil di kampung Tambun Tulang di seawal pagi (belakang perumahan homestay)..yer, seawal jam 8.00 pagi, dengan berpakaian lengkap sukan untuk berjoging..jangan lupa bawa seluar track suit dan baju t-shirt serta kasut sukan. Anda boleh berjoging sejauh 2 km..bukan sahaja menyihatkan badan dengan mengeluarkan peluh..anda juga boleh release tension, menghiruk udara segar, menikmati pemandangan indah sawah padi dan segala-galanya..
kawasan sawah padi dan lubuk ikan |
sawah padi menghijau seperti hamparan permaidani hijau |
jalan kampung bertar sedia untuk memulakan joging.. |
tali air di sepanjang jalan |
batas kecil di sawah padi..nostalgia masa kecil2, batas ini digunakan sebagai jalan menghubungkan dari rumah ke rumah..boleh cuba sekiranya anda mahu |
Taman perumahan homestay boleh dilihat dari sini. Bangunan besar adalah bangunan KOLEJ KOMUNITI ARAU PERLIS |
Kampung tradisional boleh dilihat dari sini di tengah-tengah sawah padi |
Bukan sahaja negara Eropah mempunyai pemandangan rumah yang cantik, malah di Perlis turut mempunyai pemandangan rumah moden yang cantik di tengah sawah padi |
aktiviti menebas rumput untuk dijadikan makanan lembu |
jom sertai memancing bersama mereka |
pemandangan cantik semasa anda berjoging..rumah ditengah-tengah sawah padi
Check In : 2.00 ptg
Check Out : 12.00 tgh hari
Hubungilah sekarang untuk tempahan homestay!:
Pn. Zairina - 0174696110
|
0 comments:
Post a Comment