Homestay Tambun Tulang Arau Perlis

Kepakaran kami adalah menyediakan penginapan terbaik melalui penginapan homestay kepada anda yang inginkan penginapan yang selesa & menyenangkan.Pakej kami tawarkan bermula dari rumah teres 2 bilik (RM120) rumah teres 3 bilik (RM150) rumah teres 5 bilik (RM250) untuk keselesaan anda. Tempahlahlah sekarang! whatsapp / call : 0174696110 Che Eina

Thursday, September 19, 2013

Selamat datang & terima kasih melawat Homestay Tambun Tulang



Selamat datang saya ucapkan kepada anda yang baru memasuki blog homestay Tambun Tulang Arau Perlis. Masih tercari-cari penginapan yang selesa & menyenangkan untuk percutian anda, kursus, konvokesyen, kenduri dan sebagainya.

 Jom, kita selidiki apa yang mampu Homestay Tambun Tulang berikan hanyalah yang TERBAIK untuk anda..Lima (5) sebab UTAMA mengapa orang ramai memilih dan berpuas hati dengan perkhidmatan Homestay Tambun Tulang Arau Perlis.

1. Hanya homestay kami yang dilengkapi pelbagai kemudahan dan peralatan untuk menjamin KESELESAAN DAN MENYENANGKAN ANDA. Jom kita cuba bandingkan perkhidmatan Homestay Tambun Tulang VS Hotel 'X'

BIL
KEMUDAHAN HOMESTAY TAMBUN TULANG
PERBANDINGAN
HOMESTAY TAMBUN TULANG
HOTEL ‘X’
1.
Homestay Tambun Tulang memiliki keselesaan kerana ruang yang banyak dan harga yang murah
Rumah  = 2 bilik + ruang tamu + ruang makan + parking berbumbung. Byk pilihan samada rumah 3 bilik, 5 bilik, 6 bilik utk keselesaan + dapur dan kelengkapan memasak..
HARGA DARI RM120.00
1 bilik sahaja. Ruang yang terhad & sempit.
 HARGA DARI RM130.00
2.
Kemudahan parking yang dekat dan fleksibel
Parking dalam kawasan rumah dan berbumbung. Untuk lebih parking di sebelah rumah kerana kedudukan homestay lot tepi.
Parking di pekarangan dan nak  ke bilik hotel mengambil masa dan ada yang perlu bersusah payah menaiki tangga. Tiada parking berbumbung.
3.
Kemudahan perkakasan yang banyak spt mesin basuh, seterika, peti ais dan lain-lain di Homestay Tambun Tulang untuk kegunaan keperluan harian
Untuk keselesaan, homestay kami menyediakan pelbagai perkakasan untuk kegunaan anda seperti mesin basuh utk mencuci baju hingga bersih, seterika + iron board utk anda kelihatan kemas, air cond, kipas angin syiling dan extra kipas meja untuk menjadikan malam anda nyenyak tidur, tv lcd 32’ + astro untuk lebih hiburan, periuk dan cerek lektrik, peti ais dan macam-macam lagi.
Hotel X dilengkapi aircond, cerek lektrik dan peti ais (sebahagian hotel tiada), untuk seterika baju perlu berkongsi atau ketingkat yang lain.
4.
Tiada caj tambahan.
Tiada perlu pening-pening kepala untuk mencari kedai dobi bagi membasuh baju anda kerana kami ada sediakan mesin basuh dan kemudahan penyidai bagi setiap homestay. Selesa untuk anda yang berkursus.
Nak membasuh baju cari kedai dobi sendiri.
5.
Mudah dapatkan makanan di kawasan Homestay Tambun Tulang
Ada pelbagai kedai makanan yang menjual makanan untuk sarapan pagi, tengah hari dan malam semurah RM1.00 utk nasi lemak sebungkus dan RM1.00 utk 4 jenis kuih yang berlainan. Kami ada sediakan dapur memasak + peralatan memasak di  homestay 3 bilik, 5 bilik dan 6 bilik.
Menu yang sama setiap hari untuk sarapan dan mahal. Ada sebahagian hotel tidak sediakan pakej makanan.
6.
Homestay kami menyediakan kain sembahyang, tuala, sabun mandi, extra bantal, toto kepada anda untuk lebih keselesaan
Kami menyediakan sekurang-kurangnya 6 bantal extra utk keselesaan anda dan keluarga beserta 1 atau 2 toto. Kami juga menyediakan extra katil melalui sofa yang boleh tidur.
Hanya disediakan tuala, sabun, 1 extra bantal atau tiada.
(Psssttt..untuk lebih maklumat lanjut sila klik  kemudahan & pakej homestay)

2. Pelbagai kemudahan & Keperluan boleh didapati
Homestay Tambun Tulang Arau Perlis mempunyai pelbagai kemudahan di sekitar spt kedai makan, kedai runcit, kedai gunting rambut, kedai telefon, bengkel baiki motor dan kereta, kedai telefon (top up mudah), kedai komputer. Hanya jarak 100 meter sahaja. Boleh berjalan kaki. Teringin makan western food spt pizza hut, boleh calling2 ajer..


Selain itu, kepada sesiapa yang inginkan wajah cantik jelita dengan andaman dan solekan di hari bahagia dan bermakna seperti MAJLIS KONVOKESYEN, HARI PERKAHWINAN kerana jangan risau kerana pakar solekan anda berada bertentangan rumah homestay. Harga ditawarkan serendah RM50.00 untuk mekap ringkas di majlis konvokesyen, makan malam dan sebagainya sehinggalah mekap pengantin. Maklumat lanjut layari Butik Chanteq Bistari
En. Aizam pakar solekan yang sedang menyolek pelanggannya di hari bahagia.

3. Keselamatan anda terjamin & selamat 
Usah risau walaupun ada tinggal keseorangan di rumah. Ini kerana Homestay Tambun Tulang berada di dalam kawasan kejiranan selamat kerana 100% penduduk taman adalah kaum melayu kakitangan kerajaan (99%) dan (1 %) pelajar Kolej Komuniti, UiTM & Unimaps di kawasan sekitar.
Homestay Tambun Tulang berada di belakang Kolej Komuniti.
Laluan ke homestay mengikut laluan yang ada tangki air besar untuk memudahkan anda mencari homestay
(seperti di gambar : tangki air segi empat yang bewarna putih)

Berdekatan sekolah

Berdekatan masjid

4. Berdekatan kawasan bandar
Homestay Tambun Tulang merupakan rumah teres lot tepi yang berada di perumahan Taman Cempaka Putih, Tambun Tulang Arau Perlis (Belakang Kolej Komuniti Arau Perlis). Jarak perjalanan ke bandar pilihan anda atau ke tempat kerja anda dekat sahaja. Ini kerana negeri Perlis merupakan negeri yang kecil dan tiada masalah dengan jalan jem. Jarak homestay ke Bandar Arau (5 minit), Bandar Kangar (10-15 minit), Simpang Empat (5 minit), Pauh (7 minit), Kuala Perlis (10-15 minit) Padang Besar (30 minit), Kodiang (10 minit).
  • Sebagai contoh, setiap hari saya berulang alik dari homestay ke tempat kerja di Perpustakaan Awam Negeri Perlis di Kangar setiap hari lebih kurang (10-15 minit)
  • Kawan saya yang menginap di taman perumahan yang sama setiap hari berulang alik di UniMAPs Padang Besar yang mengambil masa (20-30 minit)
Apa yang penting adalah penginapan yang selesa. Berikut adalah komen yang pernah menginap di homestay kami:
Tujuan menginap kerana anak belajar di UiTM Arau.

Tujuan menginap di Homestay Tambun Tulang untuk bertunang di Kodiang
4. Homestay Tambun Tulang Arau Perlis, sememangnya MUDAH..MUDAH..dan MUDAH. Tidak percaya, cubalah rasai sekali..pasti nak berkali-kali..

Hubungilah sekarang untuk tempahan homestay!:
Pn. Zairina   - 0174696110
     

0 comments:

Post a Comment

© Homestay Tambun Tulang Arau Perlis, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena