Selamat datang ke Perlis Indera Kayangan!
Melancong di Perlis amatlah berbaloi pada musim cuti sekolah ini kerana sawah padi seperti hamparan permaidani hijau sayup mata memandang, jom ke ladang anggur Perlis di mana anda boleh menikmati anggur pelbagai rasa dan warna antaranya anggur hijau, ungu, merah, hitam dan sebagainya. Jangan lupa kunjungi pusat membeli belah Padang Besar dan Wang Kelian kerana barang-barang di sana teramatlah murah dan berbaloi dan anda teruslah melawat muzium Kota Kayang untuk melihat barang-barang artifak dan purbakala negeri Perlis. Selain itu, tidak sah ke Perlis sekiranya tidak menikmati makanan laut yang segar, sedap dan menyelerakan di Kuala Perlis yang sememangnya terkenal dengan makanan spt laksa, ikan bakar, sotong goreng tepung dll..
Semua aktiviti ini anda hanya perlukan masa dalam 2 hari 1 malam sahaja untuk mengelilingi negeri Perlis Indera Kayangan. Ini kerana, negeri Perlis sememangnya terkenal dengan negeri paling kecil di Malaysia.
Selain itu, sekiranya anda memerlukan penginapan yang selesa pada harga yang berpatutan bolehlah menginap di homestay kami iaitu Homestay Tambun Tulang Arau Perlis. Homestay kami adalah berdekatan dengan tempat-tempat yang anda tujui iaitu 5 minit (Bandar Arau), 7 minit (Pekan Simpang Empat), 15 minit (Kuala Perlis), 15 minit (Kangar), 25 minit (Padang Besar).
Selain itu, homestay kami juga mempunyai pelbagai kemudahan seperti berhampiran kedai makan, kedai runcit dan sebagainya. Jangan terkejut sekiranya anda boleh menikmati nasi lemak berbungkus daun pisang pada harga 60 sen dan kuih-muih 4 jenis pada harga RM1.00 sahaja.
|
Makan petang di kedai berdekatan homestay; cucur keria 4 biji RM1.00 dan pisang goreng hanyalah RM1.00 |
|
Sarapan pagi di kedai berdekatan Homestay Tambun Tulang; Nasi lemak bungkus daun pisang hanya RM0.60 sebungkus. Pelbagai pilihan lauk seperti sambal telur & ikan bilis, ayam, sardin, gulai ikan dan sebagainya. Murah dan menyelerakan. Kuih 4 biji hanyalah RM1.00 sahaja..nyum..nyum.. |
|
Menikmati makanan laut yang segar di Kuala Perlis. Jarak perjalanan 15 minit dari homestay Tambun Tulang. Laksa kuala Perlis yang likat lagi sedap hanyalah RM3.00, ais kacang hanyalah RM2.00, Char koeteaw RM3.50 dan lai ci kang RM2.00 sahaja.memang berbaloi. Makanan Perlis sememangnya sedap, murah dan mengenyangkan..
|
|
Pemandangan sawah padi di Homestay Tambun Tulang..Menyegarkan mata dan memberikan kedamaian kepada anda..
|
|
Ladang anggur Perlis..wooowww.. |
Ketahui tempat-tempat menarik di negeri Perlis dengan hanya klik peta ini
Hubungilah sekarang untuk tempahan homestay!:
Pn. Zairina - 0174696110
Check In : 2.00 ptg
Check Out : 12.00 tgh hari
0 comments:
Post a Comment