Selamat datang dan terima kasih kerana sudi melawat blog Homestay Tambun Tulang Arau, Perlis. Pejam celik pejam celik kita sudah memasuki bulan September dan Oktober 2013. Menariknya bulan ini, Perlis akan menerima jumlah hujan yang paling banyak berbanding bulan-bulan yang lain. Jadi, negeri Perlis yang terkenal kerana iklim yang panas kini berubah iklim menjadi dingin dan sejuk. Pada musim ini juga, pelbagai tumbuhan akan tumbuh dan membiak dengan banyaknya.
Kepada anda yang masih tercari-cari penginapan untuk anda serta kaum keluarga yang tersayang untuk bercuti, melancong di Perlis, berkursus, outstation, kenduri kahwin, bertunang, menyambut Raya Haji dan sebagainya, pilihlah Homestay Tambun Tulang sebagai penginapan anda.
Berikut adalah sebab-sebab mengapa orang ramai menjadikan Homestay Tambun Tulang Arau Perlis sebagai destinasi pilihan mereka utama mereka.
Homestay kami selesa dan pada harga berpatutan (Pakej homestay harga dari RM120-RM330 sehari) Dari Pakej 2 bilik hinggalah pakej 6 bilik)
|
Homestay (3 bilik) |
|
Homestay (2 bilik) |
Dilengkapi pelbagai kemudahan riadah (dalam kawasan perumahan) sesuai untuk anda membawa anak-anak beriadah di waktu pagi dan petang.
|
Taman Permainan untuk kanak-kanak |
|
Trek joging & Padang bola sepak |
|
Gelanggang Petanque (gambar diambil dalam pembinaan tetapi sekarang sudah siap dibina) |
|
Pemandangan sawah padi yang permai (Aktiviti lubuk memancing bagi kaki pancing) |
|
Tepi tabika (PERMATA) |
Berdekatan dengan deretan kedai makan di tepi jalan, kedai runcit, kedai telefon dan lain-lain (Mcm2 kedai ada menjual pelbagai juadah seperti laksa, nasi tomato, bihun sup, roti canai, nasi lemak, nasi ayam, makanan bergoreng dan lain-lain lagi. sebelah malamnya ada dijual char koteaw, burger dan sebagainya. Anda juga boleh memesan delivery order pizza hut)
|
(salah sebuah kedai makan yang menjual nasi tomato, nasi lemak, roti canai, laksa, bihun sup, cucur udang dan sebagainya) |
Berdekatan dengan masjid (tempat orang Islam beribadat)
|
Masjid Tambun Tulang. Sepanjang perjalanan ke Homestay ada sungai yang merupakan lubuk memancing bagi kaki pancing) |
Berhampiran Kolej Komuniti Arau, Sek. Keb. Tambun Tulang dan lain-lain IPTA/IPTS di Arau seperti UiTM, Kolej Matrikulasi, UniMAPs, Kolej Jururawat Kangar dsbnya
|
Rumah homestay berada di belakang Kolej Komuniti |
|
Sek. Keb. Tambun Tulang |
6. Kawasan kejiranan yang selamat
Homestay tambun Tulang merupakan rumah teres (lot tepi) yang dilengkapi dengan limpahan lampu jalan bahagian rumah tepi. Kedudukannya yang berada di dalam kawasan perumahan menjadikannya selamat untuk diduduki, tidak sunyi, jiran yang rata-ratanya adalah pegawai kerajaan.
|
Homestay Tambun Tulang (Rumah teres lot tepi) |
7. Berhampiran Bandar Arau (5 minit)
Homestay Tambun Tulang hanyalah mengambil masa 5 minit perjalanan ke Bandar Arau. Sekiranya anda jemu, jom lepak-lepak di bandar Arau kerana anda boleh window shopping, makan-makan, bermain games dan sebagainya.
8. Cantik..
Selain pemandangan desa dengan panorama sawah padi yang terbentang luas, anda juga mungkin gembira dengan pemandangan cantik di sekeliling homestay kerana apabila anda bangun dari lena setiap pagi, apabila anda membuka mata dan memandang di luar jendela, hati anda akan terpikat dengan bunga-bunga yang mekar di Homestay Tambun Tulang.
Hubungilah sekarang untuk tempahan homestay!:
Pn. Zairina - 0174696110
Read More