Dalam masyarakat kita, derma atau sumbangan adalah bersedekah yang boleh meringankan beban orang lain dan menyelamatkan kita daripada api neraka. “Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api” (Hadis Riwayat At Tirmidzi).
Alhamdulillah, pihak homestay menerima kunjungan orang yang menginap di Homestay Tambun Tulang. Hasil dari rezeki tersebut, pihak homestay tidak lupa kepada golongan yang memerlukan dengan memberi sumbangan berupa keperluan makanan. Antara golongan yang mendapat sumbangan homestay adalah golongan org tua dan uzur, miskin dan ibu tunggal yang mempunyai ramai anak. Sememangnya pihak homestay tidak dapat menampung kesusahan mereka tetapi dengan adanya sumbangan ini dapatlah mengurangkan sedikit bebanan mereka.
Kita tidak perlu menjadi atau menunggu untuk menjadi orang kaya untuk menderma, tetapi memadailah rezeki yang kita ada. Sekiranya rezeki kita sedikit, agihlah rezeki tersebut megikut kemampuan diri untuk diberikan pada orang lain yang memerlukan. Perlu diingat, setiap rezeki yang kita dapat dari Allah, sebahagiannya adalah kepunyaan orang lain.
Anda ada rezeki melalui wang untuk menginap di homestay kami, dan kami terima rezeki tersebut dan kami agihkan semula sebahagian rezeki anda tersebut kepada orang memerlukan. Kami menderma, anda pun menderma..semoga kita mendapat keberkatan hidup. Amin
JOM BACA UNTUK MENAMBAH ILMU:
"Sedekah Meningkatkan Keberkatan Rezeki"
"Sedekah Meningkatkan Keberkatan Rezeki"
Maklumat lanjut mengenai homestay, sila klik:
Homestay rumah 2 bilik |
Homestay rumah 3 bilik |
Tempahlah homestay sekarang!
Wan (0124197357)
Eina (0174696110)
Check In 2.00 petang, Check Out 12.00 tgh hari
Wan (0124197357)
Eina (0174696110)
Check In 2.00 petang, Check Out 12.00 tgh hari
0 comments:
Post a Comment