Homestay Tambun Tulang Arau Perlis

Kepakaran kami adalah menyediakan penginapan terbaik melalui penginapan homestay kepada anda yang inginkan penginapan yang selesa & menyenangkan.Pakej kami tawarkan bermula dari rumah teres 2 bilik (RM120) rumah teres 3 bilik (RM150) rumah teres 5 bilik (RM250) untuk keselesaan anda. Tempahlahlah sekarang! whatsapp / call : 0174696110 Che Eina

Saturday, September 13, 2014

Musim cuti sekolah & kenduri kahwin

Hi semua

Homestay Tambun Tulang ingin mengucapkan selamat bercuti sekolah. Para ibu bapa yang ingin membawa anak-anak bercuti, negeri Perlis merupakan pilihan destinasi yang terbaik. Tetapi perlu diingat, utamakan keselamatan keluarga. 

Musim cuti sekolah, ramai pasangan yang berkahwin dan mengadakan kenduri kahwin. Selamat Pengantin baru kepada Farah Azali yang melangsungkan perkahwinan pada 13 September 2014 (Sabtu). Adik Farah merupakan anak kepada En. Wan Azemi yang merupakan kakitangan Perpustakaan Awam Negeri Perlis di mana tempat kami bekerja. Pihak homestay berharap semoga bahagia hingga ke anak cucu.

Kepada sesiapa yang inginkan penginapan, homestay Tambun Tulang merupakan tempat penginapan yang sesuai untuk keluarga anda. Anda boleh memilih homestay rumah 2 bilik (untuk keluarga kecil), homestay rumah 3 bilik (untuk keluarga sederhana) sehinggalah homestay rumah 5 bilik (keluarga besar).

Kembali kepada cerita kenduri adik Farah, makanan dan layanan kenduri sememangnya A+..keluarga pengantin berdiri di luar untuk melayan tetamu. Makanan kepada tetamu seperti ayam golek, masakan kampung nangka masak lemak, daging masak kicap, ulaman, ais kacang dan pencuci mulut bubur kacang serta DJ En. Muslim Saadan yang cukup hemoi. Alhamdulillah, semoga Allah merahmati keluarga pengantin ini!

Setelah hendak pulang, diberikan cenderahati dari pengantin berupa kotak hadiah yang diisi coklat dan haruman di dalamnya. Cantik sungguh kotak cenderahatinya dengan memaparkan gambar pengantin yang sesungguhnya cantik!. 


 kotak yang mempunyai gambar pengantin sebagai kenangan. cantik!

Dipamer dan disimpan bersama koleksi cenderahati yang lain sebagai kenangan
Mengimbau kembali saya di zaman kanak-kanak, suatu ketika dahulu para tetamu hanyalah diberikan bekas telur yang dibaluti dengan kain kait yang dibentuk cantik, dawai dan plastik. Zaman serba canggih dan orang sudah berkemampuan, telur kemudiannya diisi bekas tembikar dan ada yang paling popular adalah bunga telur. 
Telur + bekas kain kait. Perlu ada kesabaran untuk mengait bekas.

Telur + bekas plastik (lagi murah, tak membazir tetapi senang koyak dan telur suka kelaur dari bekas.

telur + bekas palstik riben. Jimat kos

telur + bekas tembikar. Untuk tetamuVIP

Telur + tangkai bunga telur. Kos mahal mencecah RM1.00 - RM2.50. Last2 bunga telur dibuang begitu sahaja
Seiring dengan peredaran zaman, orang sudah tidak lagi menggunakan bekas telur ini. Mungkin disebabkan remeh, telur mudah pecah dan rosak, tidak tahan lama dan digantikan dengan bekas yang diperbuat daripada kertas yang diisi dengan gula2.

Walau bagaimanapun caranya, tetamu jangan lupa menghulurkan wang kepada tuan rumah selepas makan yer..jangan dibiarkan tuan rumah sahaja yang mengeluarkan modal yang tinggi meraikan tetamu..Selamat Pengantin Baru kepada semua yang mendirikan rumah pada musim cuti sekolah ini..

Gambar perkahwinan kawan sepejabat tahun 2014

Kenangan gambar perkahwinan kami..



Homestay rumah 2 bilik

Homestay rumah 3 bilik
Tempahlah homestay sekarang!
Wan (0124197357)
Eina (0174696110)

Check In 2.00 petang, Check Out 12.00 tgh hari

0 comments:

Post a Comment

© Homestay Tambun Tulang Arau Perlis, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena