Homestay Tambun Tulang Arau Perlis

Kepakaran kami adalah menyediakan penginapan terbaik melalui penginapan homestay kepada anda yang inginkan penginapan yang selesa & menyenangkan.Pakej kami tawarkan bermula dari rumah teres 2 bilik (RM120) rumah teres 3 bilik (RM150) rumah teres 5 bilik (RM250) untuk keselesaan anda. Tempahlahlah sekarang! whatsapp / call : 0174696110 Che Eina

Saturday, September 13, 2014

Musim cuti sekolah & kenduri kahwin

Hi semua

Homestay Tambun Tulang ingin mengucapkan selamat bercuti sekolah. Para ibu bapa yang ingin membawa anak-anak bercuti, negeri Perlis merupakan pilihan destinasi yang terbaik. Tetapi perlu diingat, utamakan keselamatan keluarga. 

Musim cuti sekolah, ramai pasangan yang berkahwin dan mengadakan kenduri kahwin. Selamat Pengantin baru kepada Farah Azali yang melangsungkan perkahwinan pada 13 September 2014 (Sabtu). Adik Farah merupakan anak kepada En. Wan Azemi yang merupakan kakitangan Perpustakaan Awam Negeri Perlis di mana tempat kami bekerja. Pihak homestay berharap semoga bahagia hingga ke anak cucu.

Kepada sesiapa yang inginkan penginapan, homestay Tambun Tulang merupakan tempat penginapan yang sesuai untuk keluarga anda. Anda boleh memilih homestay rumah 2 bilik (untuk keluarga kecil), homestay rumah 3 bilik (untuk keluarga sederhana) sehinggalah homestay rumah 5 bilik (keluarga besar).

Kembali kepada cerita kenduri adik Farah, makanan dan layanan kenduri sememangnya A+..keluarga pengantin berdiri di luar untuk melayan tetamu. Makanan kepada tetamu seperti ayam golek, masakan kampung nangka masak lemak, daging masak kicap, ulaman, ais kacang dan pencuci mulut bubur kacang serta DJ En. Muslim Saadan yang cukup hemoi. Alhamdulillah, semoga Allah merahmati keluarga pengantin ini!

Setelah hendak pulang, diberikan cenderahati dari pengantin berupa kotak hadiah yang diisi coklat dan haruman di dalamnya. Cantik sungguh kotak cenderahatinya dengan memaparkan gambar pengantin yang sesungguhnya cantik!. 


 kotak yang mempunyai gambar pengantin sebagai kenangan. cantik!

Dipamer dan disimpan bersama koleksi cenderahati yang lain sebagai kenangan
Mengimbau kembali saya di zaman kanak-kanak, suatu ketika dahulu para tetamu hanyalah diberikan bekas telur yang dibaluti dengan kain kait yang dibentuk cantik, dawai dan plastik. Zaman serba canggih dan orang sudah berkemampuan, telur kemudiannya diisi bekas tembikar dan ada yang paling popular adalah bunga telur. 
Telur + bekas kain kait. Perlu ada kesabaran untuk mengait bekas.

Telur + bekas plastik (lagi murah, tak membazir tetapi senang koyak dan telur suka kelaur dari bekas.

telur + bekas palstik riben. Jimat kos

telur + bekas tembikar. Untuk tetamuVIP

Telur + tangkai bunga telur. Kos mahal mencecah RM1.00 - RM2.50. Last2 bunga telur dibuang begitu sahaja
Seiring dengan peredaran zaman, orang sudah tidak lagi menggunakan bekas telur ini. Mungkin disebabkan remeh, telur mudah pecah dan rosak, tidak tahan lama dan digantikan dengan bekas yang diperbuat daripada kertas yang diisi dengan gula2.

Walau bagaimanapun caranya, tetamu jangan lupa menghulurkan wang kepada tuan rumah selepas makan yer..jangan dibiarkan tuan rumah sahaja yang mengeluarkan modal yang tinggi meraikan tetamu..Selamat Pengantin Baru kepada semua yang mendirikan rumah pada musim cuti sekolah ini..

Gambar perkahwinan kawan sepejabat tahun 2014

Kenangan gambar perkahwinan kami..



Homestay rumah 2 bilik

Homestay rumah 3 bilik
Tempahlah homestay sekarang!
Wan (0124197357)
Eina (0174696110)

Check In 2.00 petang, Check Out 12.00 tgh hari

Read More

Wednesday, September 10, 2014

5 minit untuk ke kompleks beli belah C-Mart Arau

Hai semua,

Sekiranya anda berminat untuk menginap di Homestay Tambun Tulang, Arau Perlis. Anda tidak perlu runsing nak cari makan di mana, kedai runcit di mana, nak guna cyber cafe di mana, gunting rambut di mana, sembahyang Jumaat di mana, perpustakaan di mana, kedai top up di mana, taman mainan untuk anak-anak di mana kerana semua itu terdapat di kawasan perumahan homestay..cuma walk in sahaja untuk ke tempat-tempat tersebut..

Dan yang paling utama anda boleh bershopping sakan di Kompleks Arau kerana pelbagai kedai (melebihi 100 kedai) boleh didapati menjual pelbagai barangan dengan harga yang murah.. kedai makanan pun ada di sini spt Pizza hut, shala pizza, restoran nasi ayam,  KFC, restoran nasi kandar, . Perjalanan dari homestay Tambun Tulang ke Kompleks Arau hanyalah 5 minit sahaja..jom






Homestay rumah 2 bilik

Homestay rumah 3 bilik
Tempahlah homestay sekarang!
Wan (0124197357)
Eina (0174696110)

Check In 2.00 petang, Check Out 12.00 tgh hari

Read More

Aktiviti di waktu petang @ Homestay Tambun Tulang, Arau, Perlis

Hai semua,

Bagi anda yang bercadang untuk menginap di Homestay Tambun Tulang Arau Perlis, pihak kami mengalu-alukan anda (esp. lelaki) untuk sertai kami bermain sepak raga tuju bersama-sama kami penduduk taman. Apa yang anda perlu sediakan hanyalah sepasang kasut sukan!..Permainan ini menyihatkan badan, selain itu dapat menghirup udara segar sawah padi..

Bagi kaum wanita, aktiviti petang adalah bersiar-siar sambil mengail ikan di sawah padi..jom!





# Oh ya, terima kasih kepada En. Faizal Fredley kerana telah mempromosikan Homestay Tambun Tulang Arau Perlis di blognya sebagai homestay harga murah di Perlis dan memuaskan. Maklumat lanjut sila klik:


Homestay rumah 2 bilik

Homestay rumah 3 bilik
Hubungilah sekarang untuk tempahan homestay!:
Pn. Zairina   - 0174696110

Check In 2.00 petang, Check Out 12.00 tgh hari
Read More

Sumbangan homestay untuk orang memerlukan..

Dalam masyarakat kita, derma atau sumbangan adalah bersedekah yang boleh meringankan beban orang lain dan menyelamatkan kita daripada api neraka. “Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api” (Hadis Riwayat At Tirmidzi).

Alhamdulillah, pihak homestay menerima kunjungan orang yang menginap di Homestay Tambun Tulang. Hasil dari rezeki tersebut, pihak homestay tidak lupa kepada golongan yang memerlukan dengan memberi sumbangan berupa keperluan makanan. Antara golongan yang mendapat sumbangan homestay adalah golongan org tua dan uzur, miskin dan ibu tunggal yang mempunyai ramai anak. Sememangnya pihak homestay tidak dapat menampung kesusahan mereka tetapi dengan adanya sumbangan ini dapatlah mengurangkan sedikit bebanan mereka. 

Kita tidak perlu menjadi atau menunggu untuk menjadi orang kaya untuk menderma, tetapi memadailah rezeki yang kita ada. Sekiranya rezeki kita sedikit, agihlah rezeki tersebut megikut kemampuan diri untuk diberikan pada orang lain yang memerlukan. Perlu diingat, setiap rezeki yang kita dapat dari Allah, sebahagiannya adalah kepunyaan orang lain.

Anda ada rezeki melalui wang untuk menginap di homestay kami, dan kami terima rezeki tersebut dan kami agihkan semula sebahagian rezeki anda tersebut kepada orang memerlukan. Kami menderma, anda pun menderma..semoga kita mendapat keberkatan hidup. Amin








JOM BACA UNTUK MENAMBAH ILMU:

"Sedekah Meningkatkan Keberkatan Rezeki"


Homestay rumah 2 bilik

Homestay rumah 3 bilik
Tempahlah homestay sekarang!
Wan (0124197357)
Eina (0174696110)

Check In 2.00 petang, Check Out 12.00 tgh hari
Read More

Friday, September 5, 2014

Mengimbau nostalgia lama di Perlis..menarik @ Perlis

Hai semua,

Saya dan suami ada berjalan-jalan di sebuah tempat menarik di Ladang Nira, Kola Sanglang Perlis. Tempat ini amat popular dengan makanan tradisional seperti air nira, laksa dan bihun sup..dan yang paling menarik adalah nostalgia lama kembali tersingkap..cantik betul tempat ini. release tension!

Iyelah, kita berasal dari kampung jadi bila berada di sini nostalgia lama seperti menahan ikan laga di celah daun nipah dan paya kembali di ingatan..kadang-kadang kita bermain aci sembunyi bersama kawan-kawan di sinilah..panjat-panjat pokok nipah dan sebagainya..

Jom datang ke Perlis, bawa anak-anak anda di sini kerana sebahagian daripada mereka tidak mengetahui tentang kenangan nostalgia silam kita..

Perjalanan dari Homestay Tambun Tulang ke Kedai Makan Kuala Sanglang ini memakan masa lebih kurang 15 minit..
Tempat order makanan..

tempat mencari ikan di celah-celah pokok nipah

selfie jap yer!..


tempat makan yg cantik..

Che Wan macam terharu jek!

landskap yg cantik..

tempat makan yg banyak dan menarik

Homestay rumah 2 bilik

Homestay rumah 3 bilik
Hubungilah sekarang untuk tempahan homestay!:
Pn. Zairina   - 0174696110

Check In 2.00 petang, Check Out 12.00 tgh hari
Read More

© Homestay Tambun Tulang Arau Perlis, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena