Salam semua,
Memang memeningkan sekiranya tandas bilik air tersumbat. Itulah yang terjadi pada tandas bilik air Homestay Tambun Tulang Arau Perlis. Selepas mandi, air di bilik tandas mengalir dengan agak perlahan dan kadangkala tidak mengalir pun sehingga mengakibatkan bilik air bertakung dengan air. Selalunya perkara ini terjadi setahun sekali di waktu puncak pada musim sekolah. Ini adalah kerana ramai yang menginap di rumah homestay Tambun Tulang Perlis pada waktu tersebut untuk kenduri kendara dan melancong.
Pelbagai cara telah kami digunakan untuk mengatasi masalah tersebut sendirian antaranya:
1) mencurah asid ke dalam paip bilik mandi..tidak berkesan!..duit pun habis
2) Memakai pelocok..tidak berkesan..sehingga sakit tangan semalaman..
3) memakai tali dawai..tidak berkesan yang hanya keluar adalah rambut dari lubang paip..
4)memakai Vakum sedut air..pun tidak berkesan..
Jadi kami pun putus harapanlah. So, Macamana? apa yang berkesan?
Apa yang berkesan adalah, mendail no telefon tukang paip dan menyuruh tukang paip datang untuk perbaiki saluran paip air. Alhamdulillah, masalah paip air pun hilang. pening kepala pun hilang. So, apa yang tukang paip telah lakukan? Dia cuma jalankan tanggungjawab selama 10 minit sahaja dengan menggunakan batang penyapu mop dan dihujungnya diikat dengan gumpalan kain. Jadi kita pun ushalah macamaner tukang paip itu buat.
Begini caranya..
1) Separuh gumpalan kain mop itu ke dalam saliran lubang bilik air sehingga padat. Pastikan tiada langsung lubang udara.
2). Kemudian, seperti cara mengepam, kita pam mop itu beberapa kali dengan cara menekan keluar masuk pam kain tersebut.. Untuk pam yang mula-mula tu, memang kotoran akan naik balik keluar dan menjadikan air semakin bertakung. Makanya kita kena buat beberapa kali. Keluarkan kain mop itu, masukkan kembali dan pam lagi sehinggalah air tidak bertakung dan keluar. Nampak macam senang tapi keluar peluh ler juga.
Untuk makluman, tahun 2013, tukang paip buat kerja ini dari tengah hari hingga senja. Kesian kan diorang. Tahun 2014 ni, diorg cuma buat 10 minit sahaja. Maka terbanglah duit kami sebanyak RM150.00 (sekali buat). Tapi takpe kan, hilang segala pening-pening di kepala setelah masalah hilang . Apa yang penting, keselesaan kepada penghuni homestay. Tak gitu?
Apa yang kami percaya adalah, rezeki Allah perlu dibahagi-bahagikan. Rezeki anda kepada kami melalui duit penginapan homestay, manakala rezeki yang Allah berikan pada kami diberikan kepada tukang paip. Rezeki tukang paip diagihkan kepada pasar malam..ngeee..
Pakai pelocok pun tidak berkesan |
Pakai dawai besi yang keluar hanyalah rambut dan gumpalan sisa kain basuhan mesin basuh. Tidak menyelesaikan masalah juga. |
Tukang paip pakai ini batang mop + gumpalan kain akhirnya berjaya |
Boleh sy dapatkan no tel tukang paip.. Rumah sy tekanan rendah..
ReplyDeleteBoleh sy dapatkan no tel tukang paip.. Rumah sy tekanan rendah..
ReplyDeleteKami ( 013-2461083 Mr Loh )menawarkan 24 Jam Service di KL and Selangor
ReplyDelete*tandas sumbat
*baiki paip
*sebarang saluran Sumbat
*Atap Bocor
*kerja-kerja eletrikal
*mengecat
dan macam2 lagi. boleh buat pada hari sabtu ahad atau lepas waktu pejabat mengikut kesesuaian masa anda.
For enquries kindly whatapps / SMS / call number 0132461083 Loh
sila simpan no ini tersebut mungkin suatu hari anda memerlukan perkhidmatan kecemasan dari perkhidmatan kami setiap hari 7:00am - 9.30pm termasuk cuti umum .
berhasil.. guna mop kain tu jeee.. TQ
ReplyDeleteyehaaa...selesai dah masalah negara..
ReplyDeletetq