Homestay Tambun Tulang Arau Perlis

Kepakaran kami adalah menyediakan penginapan terbaik melalui penginapan homestay kepada anda yang inginkan penginapan yang selesa & menyenangkan.Pakej kami tawarkan bermula dari rumah teres 2 bilik (RM120) rumah teres 3 bilik (RM150) rumah teres 5 bilik (RM250) untuk keselesaan anda. Tempahlahlah sekarang! whatsapp / call : 0174696110 Che Eina

Saturday, March 1, 2014

Cerita March 2014 : aktiviti berbasikal, musim mempelam berbunga dan musim kemarau

Salam Sayang semua..

Saya ingin berkongsi aktiviti bulan March 2014 di Homestay Tambun Tulang, Arau Perlis pada semua..

Pertama kali saya ingin mengucapkan selamat bercuti pada semua.. Cuti sekolah bermula pada 22-30 March amatlah ditunggu-tunggu. Inilah masanya untuk membawa keluarga yang tersayang bercuti di Perlis sambil makan-makan angin, kenduri kendara, konvokesyen, daftar masuk anak di IPT, berkursus dan sebagainya. 

Ramai yang menginap di homestay Tambun Tulang Arau Perlis untuk berjalan-jalan di Perlis, membeli belah di Padang Besar dan Wang Kelian, berkursus, konvokesyen di Politeknik, mengambil anak di UiTM, Unimaps dan Kolej Matrikulasi, nak ke Langkawi dll. Tidak ketinggalan menginap di homestay kami untuk ke kenduri di kawasan Kangar, Arau dan Simpang Empat. Semuanya kami sambut dengan tangan terbuka.

Saya cadangkan salah satu aktiviti di homestay yang boleh anda lakukan:

I) Aktiviti berbasikal di Homestay Tambun Tulang Arau Perlis
Salah satu basikal yang boleh dipinjam dari pihak homestay
Aktiviti berbasikal ini sesuai dijalankan di Homestay Tambun Tulang memandangkan terdapat jalan-jalan kampung dikelilingi pemandangan sawah padi yang indah sayup mata memandang, pohon-pohon menghijau dan bunyi burung berkicauan. Di samping itu, anda bolehlah melihat tali air sambil mengintai ikan berenang di dalamnya dan mendengar suara itik yang memekik. Yer, ada penduduk kampung berhampiran  menternak itik sebagai haiwan ternakan. Suasana kampung yang aman dan damai dengan udara yang segar. Anda boleh membawa basikal sendiri mahupun meminjam basikal pada owner homestay untuk merasai keindahan sekitar. Sekiranya tiada basikal, anda bolehlah sekadar bersiar-siar sambil berjalan dan berjoging. 
Bergambar di homestay sebelum melakukan kayuhan


Yes! you did it men! 

Pemandangan indah tempat kayuhan dan aktiviti bersiar/joging


II) Musim buah mempelam berbunga
Alhamdulillah, penat sungguh penantian hampir 5 tahun rasanya menunggu pokok mempelam harum manis berbunga dan berbuah. Klu pokok tu kucing, rasanya dah bercucu cicit rasanya. Actually, pada mulanya terdapat 2 pohon mempelam harum manis di homestay, tetapi 1 pohon dah mati kena langgar dgn bekho semasa ubah suai rumah dan tinggallah sepohon ajer..cian dia, keseorangan. 

Tapi kan..lama betul rasanya menunggu pokok tersebut berbunga dan berbuah, hampir berputus asa saya dibuatnya. Hinggalah suatu pagi pada awal bulan Mac lepas, pabila saya bangun dari tidur, saya perhatikan sesuatu dari ranting pohon, ingatkan daun baharu tumbuh rupanya ranting pohon mempelam yang baru mula mengeluarkan bunga. Walaupun berbunga dan berbuah sedikit, memadailah setelah sekian lama menunggu kan. Harap2 manis buahnya. Harapan di tahun 2015 agar pokok mempelam harum manis ini terus berbuah dengan lebatnya. So, sesiapa yang menginap homestay pada bulan Mei dapatlah merasa buah mempelam harum manis..hehehe. Selain dari buah mempelam harum manis, pihak homestay turut menanam pokok mempelam cokanan yg setiap tahun tidak mengecewakan dengan berbuah lebat dan  manis. Tapi kan, selain tujuan menanam pohon mempelam utk menikmati hasil buahnya, ia turut dijadikan sebagai tempat pelindung homestay dari cahaya matahari yg terik. Alhamdulillah..
Buah mempelan pertama kali membuahkan hasil.. tetapi kenapa bentuknyer pelik erk?

Harap-harap menjadi buah mempelam ku ini membesar

Buah mempelam cokanan yang manis lagi lebat

Pokok mempelam yang merupakan pelindung homestay dari cahaya matahari
III) Cerita musim kemarau di Perlis
Di Perlis sekarang mengalami musim kemarau di mana cuaca panas dan kering di siang hari. Cuma di waktu malam sahaja cuaca menjadi sejuk dan dingin dengan angin yang bertiup dari arah sawah padi. Buat masa sekarang para pesawah tidak dapat menanam padi lagi memandangkan kekurangan air hujan dek kemarau. 

Begitulah juga dengan homestay, akibat cuaca terlau panas dan terik, sebahagian pokok bunga yang ditanam mati lecur. Sebahagiannya mati kerana tuan homestay tak sempat menjirus kerana terlalu busy dengan kerja aktiviti di perpustakaan spt aktiviti Karnival Buku Perlis lah, Program Britainnica lah..heeeee..yelah kan, balik2 rumah musti letih dengan tugas-tugas di tempat kerja.

Tetapi kan bila dipikir-pikir sebab UTAMA pokok mati kerana tuan homestay SEGAN nak menjirus pokok dan YANG KEDUA adalah tak mahu membazir air sbb Malaysia kan kekurangan air sekarang disebabkan oleh kemarau. rasanya tak perlulah terlalu membazir air utk menjirus pokok kan..kan..Minta2lah hujan turun semula supaya akar pokok boleh mencari makanan sendiri daripada air hujan..hehehhe..Tapi janganlah hujan turun dengan terlalu lebat plak kan, nanti bocor plak bumbung homestay. Silap2 haribulan kawasan Kangar banjir..adeh..

Pokok bunga mati akibat musim kemarau
Sebelum musim kemarau


Sebelum musim kemarau, pohon-pohon berbunga cantik. Tp skrg sudah tiada lagi, insya Allah projek terbaru akan diganti dengan pokok jejarum. Tunggu hujan datang dulu..
Kerja mencari rezeki di perpustakaan keutamaan  no. 1. iaitu memberi ilmu pengetahuan kepada masyarakat.
Sambutan di luar jangkaan untuk Program Karnival Buku Perlis 

Salah satu aktiviti perpustakaan iaitu Pameran & Kempen Daftar Ahli Perpustakaan
Alhamdulillah, Acara tahunan perpustakaan iaitu Karnival Buku Perlis 2014 mendapat sambutan

Berselfie bersama suami


Hubungilah sekarang untuk tempahan homestay!:
Pn. Zairina   - 0174696110


0 comments:

Post a Comment

© Homestay Tambun Tulang Arau Perlis, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena