Homestay Tambun Tulang Arau Perlis

Kepakaran kami adalah menyediakan penginapan terbaik melalui penginapan homestay kepada anda yang inginkan penginapan yang selesa & menyenangkan.Pakej kami tawarkan bermula dari rumah teres 2 bilik (RM120) rumah teres 3 bilik (RM150) rumah teres 5 bilik (RM250) untuk keselesaan anda. Tempahlahlah sekarang! whatsapp / call : 0174696110 Che Eina

Wednesday, January 6, 2016

Homestay Pauh Putra Arau Perlis kini dibuka (cawangan terbaru homestay Tambun Tulang Arau Perlis) (Tempahan - 0124197357)

Salam semua,

Lama saya tidak meng'update' mengenai status blog homestay. Ini berikutan kekangan masa yang dihadapi seperti sibuk di tempat kerja, sibuk adakan program aktiviti, sibuk dengan homestay Tambun Tulang Arau Perlis dan terkini sibuk dengan cawangan baharu Homestay Pauh Putra Arau Perlis..Jeng..jeng..jeng..

Setelah hampir setahun dari awal Januari 2015 (actually Disember 2014 sudah atur janji dengan tukang rumah sehinggalah pada bulan Jun 2015 barulah pembinaan dapat dijalankan.

Alhamdulillah, pembinaan homestay kali ini tidaklah sesukar Homestay Tambun Tulang Arau Perlis. Ini adalah kerana tukang rumahnya yang professional, cintakan kesempurnaan dan sebagainya..akhirnya apa yang saya impikan terlaksana dan melangkaui jangkauan. Gembira sesangat!

Wow!..target asal pembinaan RM50k sehinggalah menjadi 100k kerana gst, harga barang naik dan sebagainya. Walau bagaimanapun, saya tetap bersyukur kerana Allah mengasihani saya dan mempermudahkan kerja pembinaan tersebut walaupun ada terdapat sedikit kesukaran suntikan modal.

Homestay Pauh Putra dibuka kepada orang ramai pada awal Januari 2016. Keselesaan untuk 1-5 orang penghuni sahaja. Pihak homestay tidak bertanggungjawab KETIDAKSELESAAN sekiranya penghuni melebihi dari 5 orang. Tidak boleh melebihi 8 orang. Harga semalaman RM140.00 (sehari) dan RM130 (untuk hari kedua dan berikutnya.

Homestay Pauh Putra mempunyai 2 unit rumah. Setiap unit mempunyai 2 buah bilik + 2 bilik air. Aircond di bilik utama.

Kepada sesiapa yang mempunyai urusan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (3 minit), UNIMAPs Pauh (3 minit) dan Klinik & Surgeri Sedhu Ram (7 minit)..jangan lepaskan peluang menginap di Homestay Pauh Putra, Arau Perlis. Maklumat lanjut, sila klik

Homestay Pauh Putra (2 bilik). Sebanyak 2 buah rumah berkembar.

Ruang tamu

Ruang tamu yang simple

Kemudahan daybed

Bilik Utama dilengkapi katil Queen saiz, aircond dan almari

Bilik 2 dilengkapi 2 buah katil single, almari dan kipas syiling

TV +njoi & ruang dapur

Kemudahan dapur

Kemudahan memasak

Kemudahan bilik air 1

Kemudahan bilik air 2

sudut santai

Homestay berkembar (2 unit)

Homestay dari sudut hadapan


Homestay Tambun Tulang Arau Perlis (rumah 3 bilik)

Tempahlah homestay sekarang!
Wan (0124197357)
Eina (0174696110)

Check In 2.00 petang, Check Out 12.00 tgh hari

[Kami alu-alukan rombongan bas ke Homestay Tambun Tulang Arau Perlis. Selain homestay kami iaitu Homestay Tambun Tulang Arau Perlis, terdapat 2 buah homestay pemilik lain iaitu Homestay Adnin (homestay rumah teres 2 bilik) dan Homestay Mahsuri (homestay rumah teres 3 bilik)  berdekatan untuk keselesaan anda sekiranya anda adalah rombongan bas tersebut. Tq


(homestay arau, homestay kolej komuniti perlis, homestay kuala perlis, homestay marikulasi perlis, homestay padang besar, homestay perlis, homestay uitm arau, homestay Ulu Pauh, homestay unimap, )
Read More

© Homestay Tambun Tulang Arau Perlis, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena